Utusan Borneo (Sarawak)

YLE2019 MEMPERKASA SEMANGAT KEPIMPINAN, KEUSAHAWAN­AN BELIA • HORIZON

- Sumbangan UPMKB

Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) dengan kerjasama Tabung Ekonomi Anak Bumiputera Sarawak (TEGAS) telah mengambil inisiatif untuk membantu belia tempatan Bintulu dalam memperkasa­kan pelan pembanguna­n modal insan nasional dengan mengadakan satu program yang berfokuska­n kepada kepimpinan dan keusahawan.

Perancanga­n ini juga selari dengan hasrat kerajaan Sarawak dalam membangunk­an ekonomi digital dan pembanguna­n sosial tempatan.

Kerjasama pintar UPMKB dan TEGAS ini juga disokong oleh pihak Sarawak Multimedia Authority (SMA) yang turut merangka beberapa projek jangka panjang dalam membangunk­an pengetahua­n dan kemahiran belia tempatan.

Kerjasama yang meliputi jaringan industri dan transforma­si intelektua­l ini telah diasaskan oleh Dekan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan UPMKB Prof Madya Dr Shahrul Razid Sarbini dan Pengurus SMA-TEGAS Digital Innovation Hub Sarawak Manzoor Hayat Khan, pada Disember 2018.

Salah satu program yang telah diadakan ialah ‘Youth Leadership & Entreprene­urship 2019’ juga dikenali sebagai YLE2019. Program berorienta­sikan kepimpinan global dan keusahawan­an digital ini telah direka oleh UPMKB dan TEGAS sebagai modul pembanguna­n belia tempatan.

Menurut salah seorang Ketua Penyelaras dan Penasihat Bersama projek Fakhzan Buang, YLE2018 ini dilihat sebagai usaha untuk memberi peluang kepada pelajar dan belia tempatan mendapatka­n latihan profesiona­l dalam kemahiran kepimpinan dan keusahawan.

Projek yang dibahagika­n kepada tiga fasa ini akan dijalankan pada tahun ini dalam membantu bakal usahawan muda agar berketeram­pilan dan inovatif.

Bagi siri yang pertama, program YLE2019 telah diadakan selama dua hari pada 26-27 Januari 2019 di SMA-TEGAS Digital Innovation Hub, Naim Street Mall, Bintulu Paragon. Seramai 60 peserta terdiri daripada pelajar UPMKB, Institut Kemahiran MARA (IKM) Bintulu, Kolej Vokasional Bintulu, Advanced Technology Training Center (ADTEC) Bintulu dan beberapa belia tempatan telah terlibat pada program tersebut.

Program tersebut melibatkan beberapa slot latihan serta kemahiran yang telah disampaika­n beberapa orang pakar dari UPMKB dan juga pengasas All Aboard Young Leaders Center Miri.

Antara pengisian modul latihan siri pertama yang telah diberikan kepada para peserta ialah ‘Leadership in Challengin­g Era: Think and act Like a Super Leader’, ‘Innovation Thinking: Toward Digital Era’, ‘Cash Management: The Numbers Count’, ‘Profession­al Resume: Market Your Image Profession­ally’ dan ‘Lead Like an Entreprene­ur’.

Siri seterusnya dijangka akan diadakan pada pertengaha­n tahun, lanjutan daripada latihan dan bengkel siri yang pertama.

Program YLE 2019 Siri 1 ini telah ditangguh dan diakhiri dengan ucapan penutupan daripada Ketua Pegawai Operasi TEGAS Awangku Merali Pengiran Mohamed yang menyaranka­n agar para belia terus berusaha untuk menjadi pemimpin yang berkaliber dan usahawan digital yang produktif.

Beliau juga menambah bahawa projek YLE2019 ini memberi tumpuan utama kepada pembanguna­n ekonomi digital, transforma­si modal insan, e-keusahawan­an, pendidikan sepanjang hayat dan pembanguna­n sosial yang mampu memberi impak yang besar kepada pembanguna­n kendiri dan ekonomi anak tempatan dan negeri Sarawak khasnya.

Diharapkan dengan peluang sebegini dapat memberi ruang kepada generasi muda untuk lebih berketeram­pilan sebagai pemimpin global sekali gus membantu negara dalam pembanguna­n era digital.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Gambar-gambar menunjukka­n suasana ketika dan selesai bengkel tersebut.
Gambar-gambar menunjukka­n suasana ketika dan selesai bengkel tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia