Utusan Borneo (Sarawak)

PERTEMBUNG­AN MAUT MPV- 4WD Kakitangan JPJ maut kemalangan di selekoh Telok Sabang, Jalan Kota S am arahannAsa jaya semalam.

- Oleh Rusnan Mustafa

ASAJAYA: Seorang kakitangan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) maut selepas terlibat dalam kemalangan di selekoh Telok Sabang dekat Kampung Tambey, Jalan Kota SamarahanA­sajaya pagi semalam.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Sarawak Superinten­den Alexson Naga Chabu, mangsa maut dikenali Sani Amit, 31, dan berasal Kampung Lot Baru, Sebuyau.

“Kemalangan maut ini berlaku sekitar jam 7.50 pagi tadi (semalam) di Kilometer 8, Jalan Kota Samarahan-Asajaya di selekoh Telok Sabang berdekatan Kampung Tambey, Asajaya melibatkan dua kenderaan iaitu jenis kenderaan pelbagai guna (MPV) dan pacuan empat roda (4WD).

“Kemalangan berlaku apabila mangsa yang memandu kenderaan MPV seorang diri dari arah Asajaya menuju ke Kota Samarahan hilang kawalan di selekoh tersebut lalu memasuki laluan bertentang­an dan berlanggar dengan kenderaan 4WD yang bergerak dari arah bertentang­an,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Alexson memberitah­u, mangsa dibawa ke Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak dan meninggal dunia di situ sekitar jam 9.30 pagi manakala warga emas, 62, yang merupakan pemandu kenderaan 4WD mengalami cedera ringan.

“Kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

Selain itu, beliau memberitah­u, pihak polis telah menyiasat dan mengambil gambar tempat kejadian.

Sementara itu, jurucakap bomba yang juga tampil ke tempat kejadian memaklumka­n pihaknya terpaksa menggunaka­n pemotong hidraulik bagi mengeluark­an mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

Jelas bomba, operasi tamat jam 8.40 pagi semalam.

 ??  ?? SANI REMUK: Keadaan kedua-dua kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan di selekoh Telok Sabang selekoh dekat Kampung Tambey, Jalan Kota Samarahan-Asajaya.
SANI REMUK: Keadaan kedua-dua kenderaan selepas terlibat dalam kemalangan di selekoh Telok Sabang selekoh dekat Kampung Tambey, Jalan Kota Samarahan-Asajaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia