Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki hilang ditemui dalam keadaan lemah

Duncan dijumpai sekitar jam 6.55 petang oleh penduduk yang menyertai operasi SAR

- Oleh Kepu Sidi

SARATOK: Seorang lelaki dilaporkan hilang oleh keluargany­a sejak keluar dari rumah pada 5 Februari (Selasa) lalu ditemui dalam keadaan lemah petang kelmarin.

Duncan Leslie, 26, dari Rumah Rosita Dugat, Nanga Budu Krian, Saratok dijumpai sekitar jam 6.55 petang oleh penduduk yang turut sama dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok Nazry Mohamat berkata, mangsa dijumpai lebih kurang 500 meter dari tepi jalan dan Pos Kawalan Bomba (PBK).

“Operasi SAR pada hari tersebut diperluask­an dalam radius 12 kilometer dengan pencarian merangkumi kawasan sungai dan hutan dari lokasi terakhir mangsa dilihat.

“Berikutan penemuan tersebut, operasi SAR memasuki hari ketiga hari ini (semalam) ditamatkan.

“Sebaik sahaja ditemui mangsa dibawa ke Hospital Saratok untuk pemeriksaa­n kesihatan,” katanya dihubungi di sini semalam.

Dalam kejadian tersebut, Duncan disedari tidak pulang ke rumah oleh ibunya.

Pada hari kehilangan­nya, Duncan dilihat berlari ke arah jalan raya di kawasan sekitar Pejabat Pendaftara­n Nanga Budu sekitar jam 5 petang oleh rakan mangsa.

Bagaimanap­un, selepas kejadian mangsa didapati tidak pulang ke rumah dan menyebabka­n keluarga mangsa membuat laporan polis.

Sebaik sahaja laporan polis dibuat di Balai Polis Saratok

Operasi SAR pada hari tersebut diperluask­an dalam radius 12 kilometer dengan pencarian merangkumi kawasan sungai dan hutan dari lokasi terakhir

” mangsa dilihat.

Nazry Mohamat

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Saratok

pada 7 Februari ( Khamis) lalu, operasi dilancarka­n melibatkan kerjasama bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia ( PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung.

 ??  ?? DITEMUI: Mangsa dilaporkan hilang di kawasan Nanga Budu Saratok dijumpai dalam keadaan lemah dan dibawa ke Hospital Saratok untuk pemeriksaa­n kesihatan.
DITEMUI: Mangsa dilaporkan hilang di kawasan Nanga Budu Saratok dijumpai dalam keadaan lemah dan dibawa ke Hospital Saratok untuk pemeriksaa­n kesihatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia