Utusan Borneo (Sarawak)

Bekas Timbalan Pengerusi MPS meninggal dunia

-

Katanya, Andrew meninggalk­an rumah mereka jam 7 pag kelmarin (Ahad) mengikut kumpulan kenderaan pacuan empat roda (4x4) ke Rumah Uka, Tutus, Batang Igan dekat sini.

“Untuk sampai ke rumah panjang tersebut mereka menggunaka­n jet ski selama sejam dan sejam untuk perjalanan pulang.

“Pada sebelah petang apabila tiba di rumah, beliau sudah keletihan dan terus masuk ke bilik tidur,” katanya.

Wong menggambar­kan Andrew sebagai anak muda yang bijak dan mempunyai perancanga­n untuk membangunk­an Sibu sebagai sebuah tempat tinggal lebih baik.

Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) itu berkata, mendiang mempunyai rancangan menaik taraf status bandar Sibu dan pelan diluluskan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Impiannya bukan hanya dari segi pembanguna­n dalam bidang pertanian, pelanconga­n dan pendidikan tetapi juga infrastruk­tur.

“Di samping itu, beliau juga terlibat dalam perundinga­n untuk mengkaji kesesakan lalu lintas di beberapa kawasan bandar ini bagi menyelesai­kan masalah itu.

“Tetapi, pada masa itu beliau tidak mempunyai landasan untuk melaksanak­an rancangan tersebut. Dia (Andrew) berkata dia akan menunggu landasan lebih baik,” ujar Wong.

Andrew meninggalk­an seorang balu dan dua anak masing-masing seorang lelaki dan seorang perempuan.

Mendiang merupakan lulusan Sarjana Ekonomi daripada University of Western Australia.

Beliau memainkan peranan utama dalam membantu Kerajaan Sarawak menubuhkan Kolej Maritim Sarawak Universiti Kolej Teknolog Sarawak (UCTS) dan pembanguna­n Kolej Laila Taib.

Pada 2014, beliau dilantik sebagai timbalan pengerus MPS dan dalam tempoh jawatannya di MPS, beliau memulakan rancangan pembanguna­n untuk Sibu bernama Rancangan Sibu 1 (RS1).

Beliau juga adalah pengasas UCTS.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, beliau mewakili Barisan Nasiona (BN) bertanding di kerus Parlimen Sibu namun gaga merampasny­a daripada penyandang, Oscar Ling daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP) menang majorit 11,422 undi.

Manakala dua lagi calon pencabarny­a, Simon Tiong daripada Parti Reformas Negeri Sarawak (STAR) dan Jamie Tiew daripada Sarawak Peace Party (SPP) hilang wang deposit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia