Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha cari warga emas dilapor hilang terus buntu

-

Warga emas yang dilaporkan hilang dalam hutan di Rumah Buda Meriok Nanga Engkelili, Sri Aman sejak Sabtu lalu masih gagal ditemui.

Menurut Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak, operasi mencari dan menyelamat Langkau Belun, 85, pada hari ketiga semalam belum menemui petunjuk baharu di lokasi dan mangsa masih belum dijumpai.

“Operasi hari ini (semalam) diteruskan dengan lokasi tertumpu di kawasan sekitar beradius dua kilometer yang turut memfokuska­n sungai dan daratan.

“Operasi ditangguhk­an pada jam 5 petang dan akan disambung semula esok hari (hari ini),” kata jurucakap bomba dalam kenyataan media di sini semalam.

Dedahnya lagi, operasi itu semalam turut menggunaka­n khidmat anjing pengesan K9 melibatkan lima anggota polis, 10 anggota bomba, lima anggota RELA, lima anggota PBS Engkilili, 17 anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia ( APM) dan 40 penduduk kampung.

Selain itu, khidmat pasukan paranormal dianggotai lima orang turut digunakan.

Kes kehilangan warga emas itu dilaporkan pada Sabtu lalu ekoran mangsa tidak pulang ke rumah selepas keluar rumah sekitar jam 11 pagi.

Tambah bomba, anak mangsa yang menyedari ketiadaan bapanya kemudianny­a membuat laporan di Balai Polis Engkilili sebelum menghubung­i Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Sri Aman untuk tindakan lanjut.

Selepas menerima laporan itu, pasukan bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan Dua Bangga Baie bersama empat anggota bergegas ke lokasi untuk meninjau persekitar­an.

 ??  ?? CARI: Pasukan mencari dan menyelamat berusaha mengesan mangsa.
CARI: Pasukan mencari dan menyelamat berusaha mengesan mangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia