Utusan Borneo (Sarawak)

Ular sawa atas siling rumah berjaya ditangkap

-

Seekor ular sawa sepanjang 12 kaki berada atas siling sebuah rumah berjaya ditangkap anggota bomba di Kampung Melusok di sini Ahad lalu.

Ketua Balai Bomba Lawas Zaki Husin berkata, ular itu berjaya dibawa turun jam 10 pagi selepas pemilik rumah mendengar bunyi kuat sebelum memaklumka­n kepada anggotanya.

“Kami menerima panggilan kecemasan jam 10.06 pagi dan enam anggota diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mohd Mafri Abdul Latip dihantar ke rumah terbabit,” katanya di sini semalam.

Beliau berkata, anggot- anya mengambil masa 10 minit untuk menangkap dan membawa ular itu turun dar atas siling.

Ular sawa itu berjaya ditangkap sebelum dilepaskan ke habitat asalnya.

 ??  ?? TANGKAP: Mafri (tiga kiri) dan anggotanya ketika menumpaska­n seekor ular sawa kelmarin.
TANGKAP: Mafri (tiga kiri) dan anggotanya ketika menumpaska­n seekor ular sawa kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia