Utusan Borneo (Sarawak)

Pelabur China berminat bangun industri minyak dan gas Lawas

-

Penyelidik­an dan kajian awal akan dibuat pelabur luar dari China untuk membangunk­an industri minyak dan gas di daerah ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, pihak pelabur sudah melakukan pertemuan dan mendapat kebenaran Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam usaha bersama bagi memacu perkembang­an ekonomi Sarawak.

“Kerjasama ini akan mengubah keseluruha­n pembanguna­n Lawas kepada sesuatu yang baharu dan drastik serta memerlukan penglibata­n tenaga muda yang berkemahir­an tinggi untuk turut menyumbang dalam sektor ini,” ujarnya kepada media pada Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina 2019 di Stadium Tertutup Lawas malam kelmarin.

Turut hadir isteri beliau Datuk Dayang Morliah Datuk Awang Daud, Menteri Muda Pertanian Dr Abdul Rahman Ismail, Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, ADUN Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan pengerusi pengelola Chu Sing Chung.

Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Sumber Asli Kedua dan Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian dan Usahawan Sarawak menambah, Kerajaan Sarawak melalui RECODA dan agensi di bawahnya seperti NRDA akan meneruskan pembanguna­n infrastruk­tur bagi daerah Limbang dan Lawas.

“Ini melibatkan kemudahan pendidikan, infrastruk­tur awam dan kemudahan utiliti untuk penduduk di bahagian Limbang ini sendiri.

“Pelaksanaa­n sektor berasaskan minyak dan gas untuk Lawas dijamin memberi limpahan peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor,” katanya.

 ??  ?? BERBAKAT: Awang Tengah (empat kiri) disaksikan Dr Abdul Rahman (kiri) dan Dayang Morliah melukis kaligrafi Cina sebagai simbolik pengukuhan perpaduan kaum di negeri ini.
BERBAKAT: Awang Tengah (empat kiri) disaksikan Dr Abdul Rahman (kiri) dan Dayang Morliah melukis kaligrafi Cina sebagai simbolik pengukuhan perpaduan kaum di negeri ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia