Utusan Borneo (Sarawak)

PRN: Integriti calon, penyandang kerusi DUN harus diberi perhatian

-

Integriti setiap calon atau penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) harus diberi perhatian dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol berkata, perhatian perlu diberi bukan sahaja dari segi kemampuan calon menjadi wakil rakyat.

Tetapi katanya, taraf pendidikan calon sama ada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sarjana mahupun ijazah doktor falsafah (PhD) juga perlu disemak sama ada palsu atau tidak.

“Kita tidak mahu pemimpin yang dipilih hanya pandai bercakap mengenai isu yang besar tetapi menipu dalam kelayakan pendidikan yang dimiliki mereka.

“Kalau soal taraf pendidikan pun hendak tipu, saya tidak dapat bayangkan penipuan lain yang akan dibuat nanti,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak di sini semalam.

Mengenai masalah rasuah, Abdullah berkata ia perlu ditangani secara serius kerana jika tidak ia akan mendatangk­an kerugian kepada masyarakat.

“Kita mahu masalah rasuah ini diambil tindakan yang serius kerana bagi saya sebagai wakil rakyat luar bandar jika isu rasuah tidak ditangani dengan serius kami di luar bandar akan mengalami banyak kerugian kerana berlaku ketirisan dan banyak projek luar bandar, hasilnya tidak seperti yang diharapkan,” katanya.

Abdullah turut berharap Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat menyiasat kes-kes rasuah melibatkan beberapa orang yang berprofil tinggi seperti yang dilaporkan dalam akhbarakhb­ar.

Jika benar ada bukti yang membolehka­n kes dibawa ke mahkamah, sokongan dan kerjasama pasti akan diberikan kepada SPRM dalam menjalanka­n siasatan.

“Semua wakil rakyat harus mendengar amanat Ketua Menteri tadi dan saya harap bukan sahaja wakil rakyat tetapi semua pegawai di agensi kerajaan akan ambil perkara ini dengan serius,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia