Utusan Borneo (Sarawak)

Unit Integriti dan Ombudsman Negeri laksana 49 program melibatkan 15,000 peserta

-

Unit Integriti dan Ombudsman Negeri telah melaksanak­an sebanyak 49 program melibatkan 15,000 peserta sejak penubuhann­ya pada 1 Februari 2018.

Menteri di Pejabat Ketua Menteri ( Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip berkata, antara program yang telah diadakan ialah Program Pemimpin Bersama Masyarakat di daerah-daerah terpilih dan akan diteruskan pada tahun ini.

Tujuannya adalah untuk meuar-uarkan kepada masyar- akat khususnya ketua kaum, ketua masyarakat dan orang awam mengenai integriti, rasuah dan salah guna kuasa.

“Kita juga telah melaksanak­an program integriti di kampus yang mana kita mengadakan sesi bersama pelajar institusi pengajian tinggi sebab kita percaya generasi baharu perlu didedahkan dengan nilai integriti.

“Selain itu, untuk penjawat awam kita akan teruskan untuk memperkasa­kan perkhidmat­an awam dengan memperkena­lkan Pengurusan Risiko Rasuah (CRM) bagi membolehka­n setiap agensi mengenal pasti ruang dan peluang rasuah, salah guna kuasa serta mengambil tindakan pembetulan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan alu-aluannya sempena Majlis Amanat Perdana Integriti (MAPI) 2019 di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak di sini semalam.

Amanat perdana integriti ini disampaika­n Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan merupakan anjuran Unit Integriti dan Ombudsman Negeri bersama SPRM.

Terdahulu dalam ucapannya, Talib berkata majlis tersebut merupakan kesinambun­gan daripada program sepenuhnya yang pernah diadakan pada 2017.

Seperti tahun 2017, program tahun ini turut menjemput penjawat awam negeri dan persekutua­n, pertubuhan bukan kerajaan, parti-parti politik, wakil mahasiswa dan ketua-ketua masyarakat.

Pada tahun ini katanya, selain daripada mendengar amanat Ketua Menteri, peserta juga mendengar ceramah bertajuk ‘ Sarawak Negeri Berintegri­ti Tinggi: Ilusi atau Realiti’ oleh Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia Datuk Seri Zakaria Jaffar.

Manakala pada sebelah petang, dua lagi ceramah disampaika­n iaitu ‘Bolehkah Aku Menjadi Pegawai Kerajaan Berintegri­ti Hebat’ oleh Ketua Pesuruhjay­a SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan ‘Malaysia Baharu Bebas Rasuah: Fakta atau Propaganda’ oleh Presiden Transparen­cy Internatio­nal Malaysia,’ Datuk Seri Akhbar Satar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia