Utusan Borneo (Sarawak)

Siri kembara X70 ke China umpama serampang dua mata

-

Siri kembara 32 hari kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama Proton X70 ke China mampu memperkena­lkan bukan hanya kereta negara, malah industri pelanconga­n Sarawak.

Menteri Muda Pelanconga­n, Keseniaan dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin berkata, 40 peserta menaiki 11 kereta X70 akan terlibat dalam siri jelajah di China.

“Kerajaan negeri berterima kasih kepada Proton Holdings Bhd (Proton) dan Zheijang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) atas inisiatif mempromosi­kan X70 serta memperkena­lkan produk pelanconga­n Sarawak sepanjang perjalanan itu kelak,” katanya ketika menyerahka­n bendera kepada peserta jelajah berkenaan di Kereta Mewah Sdn Bhd Lutong semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri Senadin itu memberitah­u, peserta akan berlepas dari ibu pejabat Proton di Kuala Lumpur ke Thailand seterusnya ke China.

“Kembara akan melalui 30 bandar di China dan setiap perhentian di China, kita akan membekalka­n mereka risalah dan cenderamat­a dari Sarawak untuk diagihkan di sana,” katanya.

Malahan tambah Lee, sembilan peserta dari Miri juga akan terlibat mempromosi­kan Miri sebagai bandar raya pelanconga­n.

“Kita berharap lebih ramai badan korporat atau pertubuhan bukan kerajaan bekerjasam­a dengan Lembaga Pelanconga­n Sarawak untuk mempromosi­kan Sarawak,” tambahnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kereta Mewah Sdn Bhd Tan Kim Hoon berkata, jualan Proton X70 mendapat penerimaan positif di Miri.

“Sejak dilancarka­n pada 12 Disember, SUV itu yang ditawarkan dalam empat varian telah mendapat tempahan kira-kira 105 unit dan 46 unit sudah berada di atas jalan,” katanya.

Tan berkata, model itu akan terus mendapat per- mintaan daripada pembeli dalam pasaran SUV di Miri.

X70 dilengkapi teknologi komunikasi mudah alih, sistem maklumat kokpit bersepadu maju yang menawarkan pelbagai fungsi pengguna, selain keupayaan untuk disambungk­an dengan peralatan mudah alih.

Proton menawarkan pembeli X70 pakej tambah nilai khas termasuk alat ganti dan kos buruh percuma untuk servis pertama, selain kos buruh percuma untuk lima servis berjadual bagi 100,000 kilometer atau lima tahun, mana-mana terdahulu.

Ia juga menawarkan kadar faedah rendah bermula 2.34 peratus setahun untuk pem- beli yang layak, jaminan perbatuan tidak terhad sehingga lima tahun dan data Internet satu GigaBit sebulan untuk lima tahun.

“Tempahan baharu X70 berpeluang menerima kereta berkenaan dalam masa dua hingga tiga bulan daripada tarikh tempahan, bergantung kepada varian dan warna yang dipilih,” jelasnya.

Proton secara rasmi melancarka­n SUV premium pertamanya X70 pada harga bermula RM99,800 hingga RM123,800.

Hadir sama ialah ADUN Piasau Datuk Sebastian Ting dan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii.

 ??  ?? KEMBARA KE CHINA: Lee (depan, empat kiri) bersama tetamu lain menyerahka­n bendera Malaysia dan Sarawak kepada peserta Proton X70 yang akan menjelajah China mulai 26 Februari ini.
KEMBARA KE CHINA: Lee (depan, empat kiri) bersama tetamu lain menyerahka­n bendera Malaysia dan Sarawak kepada peserta Proton X70 yang akan menjelajah China mulai 26 Februari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia