Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan tidak abai tahanan Sarawak di Kemboja Hanya dimaklumka­n baru-baru ini meskipun makluman penahanan diterima Kementeria­n Luar 28 Disember: Abdullah

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Korporat) Abdullah Saidol membidas tuduhan ramai bahawa Kerajaan Sarawak mengabaika­n tahanan Sarawak di Kemboja.

Tegas Abdullah, Kerajaan Sarawak hanya dimaklumka­n tentang perkara itu baru-baru ini meskipun makluman penahanan telah diterima secara lisan oleh Kementeria­n Luar pada 28 Disember lalu.

“Sepanjang Januari lalu kerajaan negeri tidak dimaklumka­n tentang perkara ini sehinggala­h satu kenyataan dikeluarka­n Wisma Putra pada 7 Februari lepas.

“Jadi tidak adil untuk manamana pihak menuduh kerajaan negeri tidak berbuat apa-apa kerana kita hanya dimaklumka­n tentang perkara ini baru-baru ini.

“Dan secepat itu juga Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengarahka­n menteri dan pegawai yang berkaitan mendapatka­n maklumat.

“Anda perlu faham ini adalah urusan antara negara dengan sebuah negara, jadi kita banyak bergantung kepada maklumat dan maklum balas daripada Kementeria­n Luar Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Konvensyen Penview (PCC) Demak semalam se- lepas Majlis Amanat Perdana Integriti (MAPI) 2019.

Tambah Abdullah, kerajaan tidak mengabaika­n kesusahan yang sedang dilalui tahanan berkenaan di Kemboja ketika ini sebaliknya serius untuk membantu kerana sebahagian besar yang ditahan adalah rakyat Sarawak.

Malah katanya, beliau difahamkan bahawa kerajaan negeri telah bersetuju untuk menghantar wakil ke Kemboja bagi melawat tahanan Sarawak di sana.

“Jika saya tidak silap kerajaan negeri telah bersetuju untuk menghantar wakil ke Kemboja tetapi saya tidak pasti sama ada anda telah dimaklumka­n atau tunggu selepas taklimat nanti.

“Sementara itu Dato Sr Fatimah (Menteri Kebajikan Kesejahter­aan Komuniti Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak- Kanak) akan berjumpa keluarga tahanan,” katanya.

Tambah Abdullah, apa yang berlaku di Kemboja amat malang dan berharap perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi.

Beliau turut menasihat rakyat Sarawak supaya lebih berhati-hati dengan sindiket penipuan yang menawarkan kerja kepada orang ramai d luar negara.

 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia