Utusan Borneo (Sarawak)

Larry, keluarga, wartawan akan lawat warga Malaysia ditahan di Kemboja

-

Ahli Parlimen Julau Larry Sng bersama ahli keluarga dan wartawan akan melawat warga Malaysia yang ditahan di penjara di Kemboja esok.

Beliau menerusi kenyataan akhbarnya semalam berkata Pejabat Kedutaan Malaysia di Kemboja berjaya mengatur lawatan delegasi tersebut ke Penjara Banteay Meanchey untuk meninjau sendiri situasi di sana.

“Saya baharu sahaja dimaklumka­n bahawa pihak AirAsia turut sama menyertai Misi Menyelamat dan Membawa Pulang Rakyat Malaysia di Kemboja dengan membiayai kos membawa pulang kesemua mangsa tahanan ke tanah air,” katanya.

Usaha sedang giat dijalankan bagi membawa pulang kesemua mereka ke tanah air dengan selamat.

“Saya berasa amat berbangga kerana banyak pihak yang tampil menghulurk­an pelbagai bentuk bantuan tanpa mengira latar belakang kaum, agama mahupun fahaman politik,” ujarnya sambil yakin kerajaan akan dapat menyelesai­kan kes ini,” katanya.

Pada Khamis lepas, Larry mewakili keluarga tahanan terutama 44 orang dari Sarawak mendedahka­n kes itu kepada media di Kuching.

Dengan harapan agar anakanak muda yang didakwa ditipu untuk bekerja dengan gaji lumayan, dapat kembali ke pangkuan keluarga.

Semalam adalah hari ke-62 bagi 47 anak-anak Malaysia itu ditahan di penjara.

 ??  ?? LARRY
LARRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia