Utusan Borneo (Sarawak)

Abg Johari bertemu belia Miri Jumaat ini d Southlake Permyjaya

-

Golongan belia di sin berpeluang bertemu dan menyuaraka­n hasrat mereka kepada Ketua Menteri Datuk Patingg Abang Johari Tun Openg semasa perhimpuna­n tidak rasm ‘Berambeh Ngopi Ngan YAB Ketua Menteri’ pada Jumaat in (15 Februari).

Program ‘Berambeh Ngop Ngan YAB Ketua Menteri’ itu kelak, akan diadakan di Southlake Permyjaya, Miri bermula jam 3 petang hingga 5 petang.

Pengerusi PBB Piasau Kaunselor Sardon Zainal berkata, program tersebut adalah salah satu platform pendekatan daripada PBB untuk membawa golongan belia mengetahui persekitar­an politik semasa dan mengetahu tentang GPS dan perjuangan­nya kepada rakyat Sarawak.

“Kami telah menjemput golongan belia hadir semasa Berambeh Ngopi Ngan YAB Ketua Menteri Datuk Patingg Abang Johari Tun Openg dan mendengar minat, keperluan serta idea-idea golongan belia ini,” katanya kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Menurut Sardon, lebih 700 belia di Miri dijangka hadir semasa pertemuan itu kelak kerana ia adalah kumpulan sasaran memandangk­an rama antara mereka yang masih belum mendaftar sebagai pengundi dan menganggot­ai mana-mana part politik negeri.

Beliau berkata, ia adalah pendedahan kepada para belia yang masih tidak tahu perjuangan GPS dan matlamatny­a untuk negeri itu.

“Pertemuan itu kelak akan menjadi platform untuk mendengar keperluan dan keinginan para belia yang akan diperdenga­rkan kepada semua semasa perhimpuna­n, di mana moderator adalah Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni.

Beliau berkata, setiap cawangan PBB akan mengemukak­an isu-isu yang dibangkitk­an oleh belia kepada Ketua Menter untuk dijawab dan diberikan penjelasan.

“Kumpulan sasaran kam adalah belia hari ini kerana mereka yang akan menjadi pemimpin masa depan dan mesti bersatu dengan pengetahua­n dan perjuangan kerajaan GPS sekarang demi kebaikan dan kepentinga­n Sarawak,” katanya.

Sardon berkata, semasa perhimpuna­n itu kelak, Ketua Menteri akan duduk di atas pentas dengan moderator Lukanisman akan mengajukan soalan kepada beliau dan suasana tersebut, katanya pasti amat menarik.

Beliau berkata, sesi itu akan berlangsun­g kira-kira tiga jam dengan para peserta akan menikmati minum petang bersama Ketua Menteri.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh menghubung Kaunselor Ariffin Mohamad d talian 016-8766488.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia