Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha kembalikan status Sabah dan Sarawak tidak mudah dilaksanak­an: Masing

-

Usaha mengembali­kan status Sabah dan Sarawak sebagai satu entiti atau satu wilayah dalam Malaysia adalah cadangan politik yang baik tetapi tidak mudah dilaksanak­an.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Dr James Masing berkata ini kerana Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan jelas menyatakan Sabah dan Sarawak adalah dua wilayah berasingan dalam Persekutua­n Malaysia.

“Ini mungkin cadangan politik yang baik tetapi ia lebih mudah dikatakan daripada melakukann­ya kerana MA63 dengan jelas menyatakan Sabah dan Sarawak dua wilayah berasingan dalam Persekutua­n Malaysia,” katanya semalam.

Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an berkata sekiranya Sabah dan Sarawak mahu digabungka­n menjadi satu entiti, maka MA63 mesti disemak.

Selain itu katanya, Parlimen mesti bersetuju dan Dewan Undangan Negeri ( DUN) kedua- dua negeri (Sarawak dan Sabah) mesti menyokong.

“Jika kita mahu menggabung­kan Sarawak dan Sabah menjadi satu entiti, maka MA63 perlu disemak dan Parlimen mesti bersetuju dan kedua-dua DUN mesti menyokong,” tegasnya.

Semalam Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal meminta agar semua pihak menyokong usaha kerajaan untuk mengembali­kan status Sabah dan Sarawak sebagai sebuah wilayah sebagaiman­a termaktub dalam MA63.

Tambah Shafie, perkara berkenaan telah dibincangk­an bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semasa pertemuan mengenai MA63 baru-baru ini.

“Dalam pertemuan itu, kita telah bangkitkan perkara mengenai status kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai wilayah. Saya yakin kerajaan persekutua­n meluluskan perkara ini kerana ia telah termaktub dalam MA63,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Tahun Baharu Cina 2019 Parti Warisan Sabah (WARISAN) Tanjung Aru, Kota Kinabalu Sabah, kelmarin.

 ??  ?? MANDAT BAHARU: Roland (depan, tujuh kiri) yang diberi mandat semula untuk menerajui PKR Baram, bersama ahli-ahli jawatankua­sa baharu yang dilantik terdiri daripada pelbagai kaum, serta muka lama dan baharu.
MANDAT BAHARU: Roland (depan, tujuh kiri) yang diberi mandat semula untuk menerajui PKR Baram, bersama ahli-ahli jawatankua­sa baharu yang dilantik terdiri daripada pelbagai kaum, serta muka lama dan baharu.
 ??  ?? MASING
MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia