Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat mengundi Pemilu Serentak 2019 di KJRI Kuching, Jalan Stutong

-

Sempena Pemilihan Umum Indonesia atau juga dikenali sebagai Pemilu Serentak 2019, pusat mengundi (Tempat Pemungutan Suara Luar Negeri Kuching) akan diadakan di Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) Kuching di Jalan Stutong.

Ketua Panitia Pemilihan Luar Negeri (PPLN) Kuching Adi Dewanto berkata warga Indonesia yang bekerja dan tinggal di Kuching adalah dikehendak­i datang ke KJRI Kuching untuk membuang undi pada 14 April, bermula jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Ini adalah wahana bagi rakyat Indonesia dalam menentukan pemerintah­an negara yang akan datang.

“Setiap warganegar­a Indonesia berusia 17 tahun ke atas serta dapat menunjukka­n pasport yang masih sah atau Kartu Tanda Penduduk (KTP) Elektronik dianggap sebagai pemilih yang memenuhi syarat,” katanya pada sidang media di KJRI Kuching di sini, semalam.

Bagi warganegar­a Indonesia yang berada jauh dari Konsulat, Adi berkata pihaknya memperkena­lkan cara baharu untuk membolehka­n mereka mengundi iaitu menggunaka­n Kotak Suara Keliling (KSK).

Katanya KSK atau peti undi tersebut akan dibawa ke enam zon di seluruh Sarawak iaitu Kuching, Sri Aman, Sibu, Mukah, Bintulu dan Miri pada 8 dan 9 April untuk membolehka­n warga Indonesia yang berada di kawasan-kawasan berkenaan membuang undi.

“KSK akan dibawa ke kawasan tempat bekerja dan juga ladang di mana warga Indonesia ini berada,” katanya.

Selain itu, beliau berkata untuk memastikan semua pengundi berdaftar yang berada d Sarawak dapat melaksanak­an kewajipan mereka, PPLN Kuching juga mengguna paka perkhidmat­an Pos Malaysia untuk mengirimka­n kertas undi kepada mereka.

Menurut Adi, terdapat seramai kira-kira 140,000 warga Indonesia yang layak mengundi berada di Sarawak.

Pemilu Serentak 2019 akan diadakan pada 17 April di seluruh Indonesia untuk memilih Presiden dan Wakil Presiden termasuk wakil mereka d Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia.

Penyandang Presiden Indonesia Joko Widodo daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) bertanding bagi mempertaha­nkan jawatannya itu, dengan ditentang Prabowo Sugianto daripada Parti Gerindra.

 ??  ?? MARI MENGUNDI: Adi (baris depan, dua kiri) bersama anggota Panitia Pemilihan Luar Negeri (PPLN) Kuching selepas sidang media mengenai Pemilu Serentak 2019 di Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kuching, semalam.
MARI MENGUNDI: Adi (baris depan, dua kiri) bersama anggota Panitia Pemilihan Luar Negeri (PPLN) Kuching selepas sidang media mengenai Pemilu Serentak 2019 di Konsulat Jeneral Republik Indonesia Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia