Utusan Borneo (Sarawak)

PKR Baram sasar kerusi Marudi, Telang Usan dan Mulu

-

PKR Cabang Baram semalam mengumumka­n untuk bertanding di ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Baram iaitu N.76 Marudi, N.77 Telang Usan dan N.78 Mulu.

Roland Engan yang kembali diberi mandat untuk menerajui Cabang Baram bagi sesi 2018 hingga 2021 berkata, perkara itu sudahpun diputuskan dan mendapat persetujua­n sebulat suara ahliahli cabang berkenaan semasa Mesyuarat Agung Khas petang kelmarin.

“Mesyuarat Agung Khas PKR Cabang Baram telah diadakan dengan jayanya dan mesyuarat petang semalam (Ahad) telah membuat keputusan bahawa ketiga-tiga DUN dalam Parlimen Baram iaitu N.76 Marudi, N.77 Telang Usan dan N.78 Mulu akan ditandingi calon-calon PKR Cabang Baram,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Menurut Roland lagi, bakal calon untuk ketiga-tiga DUN berkenaan juga telah dikenal pasti dan akan diusulkan kepada kepimpinan PKR Sarawak.

Beliau bagaimanap­un enggan mendedahka­n terlebih dahulu senarai calon tersebut sehinggala­h ia dipersetuj­ui pemimpin atasan dan diumumkan sendiri kepimpinan PKR Sarawak.

“Akan tiba masa yang sesuai untuk kita mengumumka­n senarai calon itu kelak dan buat masa ini masih lagi rahsia seh- inggalah ia diserahkan kepada kepimpinan PKR Negeri dan dipersetuj­ui,” tambahnya.

Sempena mesyuarat itu juga, Roland kembali dilantik sebagai ketua cabang selepas menerima sokongan sebulat suara ahli-ahli yang hadir.

Selain beliau, 29 ahli jawatankua­sa baharu telah dipilih mewakili pelbagai suku kaum di Baram iaitu Iban, Kayan, Kenyah, Berawan, Kelabit, Saban, Kiput, Melayu dan Cina.

“Kita mahu membuktika­n komitmen kita kepada rakyat bahawa PKR adalah sebuah parti yang terdiri daripada ahli dan pemimpin yang berbilang kaum serta berjuang untuk semua kaum di Baram dan negeri Sarawak amnya,” ujar beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia