Utusan Borneo (Sarawak)

TYT dijemput hadiri majlis tilawah, perasmian Masjid India

-

Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menerima kunjungan hormat daripada Jawatankua­sa Pengelola Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak 2019 dan Jawatankua­sa Pengelola Majlis Perasmian Masjid India Bandar Kuching.

Rombongan itu diketuai Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak (MIS) Datu Misnu Taha di Astana Negeri Petra Jaya, di sini semalam.

Tujuan kunjungan itu ialah untuk menjemput Tun Taib menghadiri majlis penyampaia­n hadiah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sarawak yang akan diadakan pada 28 Februari ini di Kompleks Islam Sarawak.

Pada masa yang sama, Misnu bersama Ahli Lembaga Masjid India turut menjemput Tun Taib menghadiri Majlis Perasmian Masjid India Bandar Kuching pada 1 Mac depan di masjid berkenaan yang dijangka siap, bulan ini.

Terletak di pinggir Sungai Sarawak, masjid berkenaan turut dikenali sebagai masjid terapung.

Selain sebagai tempat beribadah, masjid yang bakal menyajikan pemandanga­n yang menarik dan binaan yang unik dijangka mampu menjadi satu lagi ikon penting bagi bandar raya ini.

 ?? — Penerangan ?? DIJEMPUT: Misnu (empat kiri) menunjukka­n atur cara program yang bakal dihadiri Tun Taib semasa sesi kunjungan hormat semalam.
— Penerangan DIJEMPUT: Misnu (empat kiri) menunjukka­n atur cara program yang bakal dihadiri Tun Taib semasa sesi kunjungan hormat semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia