Utusan Borneo (Sarawak)

ATM tiada rancangan bina pos kawalan sempadan Tiada pos kawalan, penambahan anggota di Danau Melikin walaupun berlaku penceroboh­an, penahanan penduduk

- Oleh Nick Fletcher

KOTA SAMARAHAN: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak merancang membina pos kawalan sempadan termasuk penambahan anggota di Kampung Danau Melikin, walaupun berlaku penceroboh­an anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) ke sempadan negara di situ serta tercetusny­a insiden penahanan penduduk kampung oleh anggota TNI.

Panglima ATM Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima Zulkifli Zainal Abidin berkata, kaedah terbaik yang dilakukan tentera kedua-dua negara adalah menjalin kerjasama melalui pos terkoordin­at, iaitu melibatkan koordinasi antara kedua-dua pihak dalam menjaga kawalan sempadan di situ sekali gus menangani isu yang timbul.

“Dari segi perundanga­n, jika berlaku perlanggar­an sempadan negara maka ia adalah satu kesalahan. Baik di kalangan anggota tentera Malaysia dan Indonesia yang hendak masuk ke sempadan jiran masing-masing juga harus mendapatka­n kebenaran.

“Namun untuk membina pos kawalan sempadan, kita kena faham dari segi faktor ekonomi di mana kalau kita buat pos di situ, Indonesia juga harus membuat pos mereka agar kita dapat saling koordinat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Makan Tengah Hari sempena lawatan sulungnya ke Kem Muara Tuang di sini, semalam yang turut diiringi Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose dan Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Toh Choon Siang.

Pada masa sama, Zulkifli berkata insiden membabitka­n anggota TNI di sempadan Danau Melikin juga telah dib- incangkan antara ATM dan TNI di bawah Jawatankua­sa Bersama.

Katanya, perbincang­an dalam Jawatankua­sa Bersama itu diadakan sekurangku­rangnya dua kali setahun, di mana di pihak ATM diwakili Panglima 1 Divisyen.

“Kita kena faham, keduadua negara mengalami masalah yang sama, jadi jalan terbaik adalah sentiasa berbincang di mana perkara yang melanggar peraturan, kita kena ambil tindakan dan begitu juga di pihak Indonesia.

“Oleh itu, perbincang­an secara rasional ini sangat pent- ing supaya situasi menangmena­ng berlaku...kita tidak boleh kekitaan sangat.

“Insiden itu ( penahanan penduduk Kampung Danau Melikin oleh anggota TNI) memang berlaku dan Indonesia juga mengakuiny­a, di mana Kerajaan Malaysia melalui Wisma Putra juga telah menghantar nota bantahan dan kita serahkan kepada TNI sendiri untuk menyelesai­kan masalah membabitka­n anggota mereka sendiri,” katanya.

Kampung Danau Melikin berhampira­n Wong Rangkai, Balai Ringin, di sini yang hanya 400 meter dari sem- padan Sarawak-Kalimantan Barat dipercayai menjadi ‘lubuk’ TNI untuk mengugut penduduk kampung yang menjalanka­n aktiviti pembalakan dan pertanian di kawasan itu.

Tentera negara jiran yang memiliki pos kawalan sempadan berhampira­n kampung berkenaan juga didakwa sering keluar masuk membeli barang keperluan di kedai runcit berhampira­n perkampung­an itu.

Malah dalam kejadian 11 Disember tahun lalu kira-kira jam 10 pagi, lima penduduk kampung berusia antara 15

Dari segi perundanga­n, jika berlaku perlanggar­an sempadan negara maka ia adalah satu kesalahan. Baik di kalangan anggota tentera Malaysia dan Indonesia yang hendak masuk ke sempadan jiran masing-masing juga harus mendapatka­n

” kebenaran.

Jeneral Tan Sri Datuk Seri Panglima Zulkifli Zainal Abidin

Panglima ATM

hingga 64 tahun ditahan anggota TNI kerana didakwa mencuri hasil kayu di kawasan Indonesia.

Bagi membebaska­n mereka, anggota TNI dikatakan memintawan­gtunaiRM10,000 bersama mesin gergaji balak, selain menahan sebuah Toyota Hilux yang digunakan untuk mengangkut kayu.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Zulkifli (depan, tengah) Zamrose (depan, enam kiri), Toh (depan, lapan kiri) serta pegawai-pegawai kanan ATM merakam gambar bersama anggota Medan Timur Tentera Darat sempena lawatan sulungnya ke Kem Muara Tuang, semalam.
UNTUK ALBUM: Zulkifli (depan, tengah) Zamrose (depan, enam kiri), Toh (depan, lapan kiri) serta pegawai-pegawai kanan ATM merakam gambar bersama anggota Medan Timur Tentera Darat sempena lawatan sulungnya ke Kem Muara Tuang, semalam.
 ??  ?? MERIAH: Ang (duduk, tengah) bersama tetamu memeriahka­n Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina beliau di Batu Biah, Limbang se malam.
MERIAH: Ang (duduk, tengah) bersama tetamu memeriahka­n Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina beliau di Batu Biah, Limbang se malam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia