Utusan Borneo (Sarawak)

Kemeriahan perayaan Tahun Baharu Cina di Limbang masih terasa

-

Kemeriahan perayaan Tahun Baharu Cina di sini masih terasa dengan masyarakat berlainan agama dan kaum mengadakan kunjungan terhadap rakan-rakan berbangsa Cina.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Limbang Kapitan Ang Chiw Kiam turut mengadakan rumah terbuka di kediamanny­a di Batu Biah di sini semalam.

Ramai rakan taulan pelbagai agama dan rakan baik daripada pengamal media, agensi-agensi kerajaan dan persatuan turut mengunjung­i kediaman beliau.

Lebih meriah tetamu dihiburkan dengan tarian singa

Turut sama Pegawai Perpaduan Bahagian Limbang Mohd Fakri Asmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia