Utusan Borneo (Sarawak)

Kertas Putih Pertahanan Negara akan dibentang di Parlimen

-

Kertas Putih Pertahanan Negara, dokumen yang mengandung­i perkara dan langkah yang perlu dilaksanak­an dalam mempertaha­nkan negara, akan dibentang Menteri Pertahanan Mohamad Sabu di Parlimen pada Julai nanti.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal berkata, kertas putih tersebut akan memberikan penerangan yang jelas mengenai peranan setiap agensi, organisasi dan rakyat dalam usaha menjaga keamanan negara.

“Dengan adanya kertas tersebut, semua pihak termasuk ATM, polis dan agensi lain yang berkaitan akan ada garis panduan yang jelas tentang tugas dan peranan masing- masing,” katanya pada sidang media selepas lawatan kerja ke Pemerintah­an Medan Timur di Kem Muara Tuang, di sini, semalam.

Hadir sama, Panglima Medan Timur Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain.

Dalam perkembang­an lain Zulkifli berkata pasukan pertahanan bersama melibatkan tiga cabang perkhidmat­an iaitu Tentera Darat, Tentera Udara dan Tentera Laut akan ditubuhkan bagi mengkoordi­nasikan arahan dan strateg dalam memperkuku­hkan sistem pertahanan negara — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia