Utusan Borneo (Sarawak)

Andrew pemimpin muda yang fokus, berkarisma bangunkan Sibu: Chai

-

Pemergian mengejut Datuk Andrew Wong Kee Yew pada malam kelmarin bukan sahaja satu kehilangan besar bagi keluargany­a, Parti Rakyat Bersatu (UPP) malah untuk Sibu khasnya dan negeri amnya.

Rakan dan Pengerusi UPP Pujut Bruce Chai berkata, mendiang yang juga bekas timbalan pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu adalah pemimpin muda yang bersemanga­t tinggi, fokus dan bertenaga.

“Dia mempunyai banyak rancangan untuk Sibu.

“P e m e r g i a n n y a sangat mengejutka­n dan menyedihka­n ramai khasnya mereka yang mengenalin­ya sebagai seorang yang ramah, bertenaga dan berkarisma,” jelas beliau.

Bruce menambah, mendiang yang meninggal dunia pada usia muda memiliki potensi tinggi membangunk­an Sibu serta banyak menyumbang dalam bidang pentadbira­n dan pendidikan.

Turut merupakan peminat motosikal berkuasa tinggi, mendiang menetapkan banyak sasaran untuk kemajuan Sibu.

“Dia berpengeta­huan luas, bijak berkomunik­asi dan bertenaga ketika dalam majlis dan acara.

“Daripada situ kita dapat melihat karisma beliau ketika berdepan dengan orang ramai,” ujarnya.

Andrew merupakan anak lelaki tunggal Menteri Kewangan Kedua dan Presiden UPP Dato Sri Wong Soon Koh.

Bruce berkata, rombongan UPP Pujut akan ke Sibu untuk memberi penghormat­an terakhir kepada mendiang.

 ??  ?? BRUCE CHAI
BRUCE CHAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia