Utusan Borneo (Sarawak)

Andrew disifatkan cukup bertenaga, sentiasa positif menyumbang kepada Sarawak

-

Naib Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak See Chee How menyifatka­n mendiang Datuk Andrew Wong sebagai seorang yang cukup bertenaga dan sentiasa positif menyumbang kepada Sarawak.

See yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang berkata tiada kata-kata yang dapat menjelaska­n rasa sedihnya kerana Sarawak kehilangan ‘anak’ yang cukup baik.

Andrew merupakan bekas timbalan pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu ( MPS) dan anak kepada Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh.

“Saya belum lagi berjumpa dengan Andrew, sebenarnya kami merancang bertemu menerusi Dato Sri Wong untuk membincang­kan keperluan dan pengaturan untuk mewujudkan fakulti undang-undang di UTCS di mana menurut Dato Sri Wong, Andrew berminat, tetapi pertemuan itu tidak berlaku.

“Signifikan­nya, mendiang ( A n d r e w ) b a n y a k menyumbang kepada UCTS dan MPS semasa khidmatnya. Semoganya rohnya bersemadi dengan tenang di sana.

“Saya berharap Dato Sr Wong dan keluarga tabah Sarawak perlukan kepimpinan dan perkhidmat­an anda,” kata See.

Andrew, 43 disahkan meninggal dunia sekitar jam 11 malam kelmarin (Ahad) selepas ditemui ibunya Datin Sr Pauline Leong tidak sedarkan diri dalam bilik tidurnya sekitar jam 9 malam.

Bagaimanap­un ketika berita ini ditulis punca sebenar kematian Andrew belum dapat disahkan kerana masih menunggu keputusan bedah siasat yang dijadual dilakukan selewat-lewatnya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia