Utusan Borneo (Sarawak)

20 pelajar UPMKB bersihkan Sungai Plan

-

Kira-kira 20 pelajar Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah mengadakan program gotong-royong mengutip sampah di sekitar Sungai Plan Bintulu, semalam.

Program itu secara amnya merupakan antara inisiatif UPMKB menyahut seruan Lembaga Kemajuan Bintulu ( BDA) yang sama- sama mengajak masyarakat setempat menjadikan Bintulu sebagai sebuah bandar perindustr­ian yang selesa untuk didiami.

“Kita di pihak BDA amat menghargai usaha pelajar UPMKB ini bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat tempatan tentang perlunya menjaga kebersihan bandar yang menjadi tempat tinggal kita semua ini,” ujar Pengurus Besar BDA Rodziah Morshidi.

Jelasnya, pihak BDA turut menggalakk­an lebih ramai penyertaan daripada segenap lapisan masyarakat sama ada orang perseorang­an atau kumpulanba­giturutser­tadalam aktiviti sukarela sebagaiman­a dianjurkan UPMKB kerana ia dilihat sebagai langkah bijak bagi meningkatk­an kesedaran betapa pentingnya menjaga kebersihan persekitar­an Bintulu.

Justeru, program sebegini dapat menjadi platform semua lapisan masyarakat untuk bersama- sama menerapkan budaya antikutu sampah sebagaiman­a yang dilaksanak­an BDA sejak tahun lepas.

Program gotong-royong itu dilihat sebagai kesinambun­gan daripada siri kempen antikutu sampah anjuran BDA yang wajar diteruskan dari semasa ke semasa.

 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB BERSAMA: Antara pelajar yang turut serta mengutip sampah di kawasan Sungai Plan, Bintulu, semalam.
TANGGUNGJA­WAB BERSAMA: Antara pelajar yang turut serta mengutip sampah di kawasan Sungai Plan, Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia