Utusan Borneo (Sarawak)

Polis klasifikas­ikan kematian Andrew sebagai mati mengejut

-

Polis mengklasif­ikasikan kes kematian bekas Timbalan Pengerusi Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) Datuk Andrew Wong sebagai mati mengejut dan menunggu keputusan bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, buat masa ini pihaknya masih menantikan laporan penuh bedah siasat mengenal pasti punca kematian.

Beliau berkata, pihaknya mengesahka­n menerima laporan mengenai kematian mangsa selepas ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya Datin Sri Pauline Leong kirakira jam 9 malam kelmarin.

“Sehingga itu, jangan sebar berita yang belum disahkan benar sehingga bedah siasat selesai dijalankan.

“Selepas dibedah siasat baharulah kita dapat mengesahka­nnya,” katanya ketika ditemui di kediaman mendiang di Jalan Ipoh di sini semalam.

Andrew, 43, meninggalk­an seorang isteri dan dua anak masing-masing seorang lelaki dan seorang perempuan.

Mendiang merupakan anak lelaki tunggal Presiden Parti Rakyat Bersatu (UPP) dan Menteri Kewangan Kedua Dato Sri Wong Soon Koh.

Kali terakhir beliau dilihat di khalayak ramai ketika menyambut kunjungan Ketua Menteri Datuk Patingg Abang Johari Tun Openg sempena rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran bapanya, di sini Sabtu lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke- 14 ( PRU14) lalu mendiang yang juga pengasas Kolej Universiti Teknolog Sarawak bertanding d Parlimen Sibu atas tiket Barisan Nasional ( BN) berdepan saingan sengit empat penjuru.

Bagaimanap­un, kerus itu dimenangi Oscar Ling daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP).

Dua lagi calon ialah Simon Tiong daripada Part Reformasi Negeri Sarawak ( STAR) dan Jamie Tiew daripada Sarawak Peace Party (SPP).

 ??  ?? STANLEY
STANLEY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia