Utusan Borneo (Sarawak)

Tujuh penunggang motosikal dikesan positif dadah

-

Tujuh individu daripada 33 penunggang motosikal yang menjalani ujian saringan awal urin dikesan positif dadah dalam operasi bersepadu sekatan jalan raya di Jalan Kuching Samarahan Expressway malam kelmarin.

Jurucakap Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK) Sarawak berkata, operasi bersepadu sekatan jalan raya itu bermula jam 8 hingga 11 malam kelmarin.

“Operasi bersepadu sekatan jalan raya diketuai Jabatan Pengangkut­an Jalan ( JPJ) Sarawak bersama enam agensi kerajaan di Jalan Kuching-Samarahan Expressway.

“Dalam operasi ini, kami berjaya mengesan tujuh lelaki berusia lingkungan 20- an hingga 40- an yang didapati positif dadah jenis syabu atau methamphet­amine,” kata AADK Sarawak dalam satu kenyataan di sin semalam.

Dedahnya lagi, kesemua yang ditahan dibebaskan selepas keterangan diambi dengan jaminan keluarga dan AADK Sarawak.

“Siasatan dijalankan bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah sementara menunggu keputusan daripada Makma Patologi Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk keputusan muktamad sama ada dikenakan tahanan di PUSPEN atau menjalani pengawasan selama dua tahun,” tegasnya.

Operasi bersepadu sekatan jalan raya yang diketuai JPJ Sarawak bersama agensi kerajaan yang terdir daripada AADK, PDRM Jabatan Imigresn, Majlis Perbandara­n Padawan, Jabatan Alam Sekitar dan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia