Utusan Borneo (Sarawak)

LIMA 2019: 31 negara mengesahka­n penyertaan

-

Sebanyak 31 negara telah mengesahka­n penyertaan pada Pameran Maritim dan Aeroangkas­a Antarabang­sa Langkawi 2019 ( LIMA’ 19) yang dijadualka­n pada penghujung bulan depan.

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkata 12 negara telah mengesahka­n penyertaan secara berkumpula­n atau pavilion negara iaitu Australia, Belarus, China, Perancis, Jerman, Jepun, Rusia, Slovakia, Turki, Ukraine, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

“Turki, negara yang terkenal mempunyai industri pertahanan yang baik memiliki pavilion terbesar pada LIMA’19 dengan keluasan 730 meter persegi diikuti Rusia 697 meter persegi,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap ada Majlis Pengiktira­fan Rakan Penaja LIMA’19 di sini semalam.

Hadir sama Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Darell Leiking, Timbalan Menteri Pengangkut­an Datuk Kamaruddin Jaafar dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affend Buang.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata LIMA’ 19 disasarkan merangkumi 60 peratus pengisian pertahanan dan 40 peratus komersil.

Beliau berkata setakat semalam peratusan tempahan ruang pameran telah menjangkau 109 peratus dengan jumlah keseluruha­n tempahan ruang pameran seluas 11,037 meter persegi.

“Sebanyak 354 syarikat pertahanan dan komersil tempatan serta antarabang­sa telah mengesahka­n penyertaan pada LIMA’ 19. Penyertaan in melibatkan 51 peratus atau 181 syarikat tempatan manakala baki 49 peratus atau 173 syarikat antarabang­sa,” katanya.

Sementara itu, Mohamad mengesahka­n kapal mewah Equanimity tidak akan dipamerkan pada LIMA’ 19 nanti. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia