Utusan Borneo (Sarawak)

Kes baharu ubah wang haram Najib ke Mahkamah Tinggi

Pemindahan kes akan mempercepa­tkan proses keadilan: Thomas

-

KUALA LUMPUR: Kes bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang berdepan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM27 juta akan dibicaraka­n di Mahkamah Tinggi.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarka­n permohonan pihak pendakwaan yang diketuai Peguam Negara Tommy Thomas untuk memindahka­n kes itu daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Bagaimanap­un Mohd Nazlan menolak permohonan Thomas agar tiga pertuduhan tambahan tersebut dibicaraka­n bersama dengan tiga lagi kes (pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram) yang dihadapi Najib.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan pemindahan kes, namun isu perbicaraa­n bersama ini adalah pramatang kerana ia bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi yang mendengar kes itu,” kata hakim.

Terdahulu, Thomas memberitah­u mahkamah bahawa pendakwaan memohon untuk memindahka­n kes Najib menurut Seksyen 417(1)(e) Kanun Tatacara Jenayah.

Thomas berkata pemindahan kes akan mempercepa­tkan proses keadilan memandangk­an kes terbabit mempunyai maklumat saling berkait, justeru prosiding berasingan di dua mahkamah yang berbeza hierarki tidak akan membawa manfaat kepada sistem keadilan.

Beliau berkata Najib didakwa dengan tiga pertuduhan menurut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFA) di Mahkamah Sesyen pada 8 Feb.

“Beliau (Najib) juga ber-

Saya tidak mempunyai masalah dengan pemindahan kes, namun isu perbicaraa­n bersama ini adalah pramatang kerana ia bawah bidang kuasa Mahkamah

Tinggi yang mendengar kes itu.

Mohd Nazlan Mohd Ghazali Hakim

depan perbicaraa­n bersama dalam tiga kes berasingan di mahkamah ini dan perbicaraa­n akan bermula esok (hari ini),” kata Thomas.

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib membalas bahawa Seksyen 417 tidak ada kena- mengena dengan permohonan perbicaraa­n bersama.

Muhammad Shafiee juga memohon pihak pendakwaan menyerahka­n senarai saksi yang akan dipanggil hari ini kepada pihak pembelaan.

Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup berkata pendakwaan telah menyediaka­n saksi tersebut namun langkah memaklumka­nnya kepada pihak pembelaan pada masa ini tidak pernah terjadi sebelum ini.

“Mereka hanya akan tahu apabila saksi hadir esok. Jika saya beritahu mereka sekarang, siapa yang saya cadangkan untuk datang esok (hari ini) hanya akan jadi cadangan,” katanya.

Hakim kemudian mengarahka­n pendakwaan menyerahka­n senarai mereka yang pada masa ini dicadang pendakwaan untuk dipanggil sebagai saksi selepas prosiding di Mahkamah Rayuan petang ini yang ditetapkan bagi mendengar permohonan Najib menangguhk­an perbicaraa­n.

Pada 8 Februari lalu, Najib, 66 didakwa sekali lagi di Mahkamah Sesyen di sini dengan tiga pertuduhan tambahan pengubahan wang haram melibatkan dana berjumlah RM27 juta, lima tahun lalu.

Tiga pertuduhan itu mendakwa Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan menerima masing-masing RM27 juta, RM10 juta dan RM10 juta yang merupakan hasil daripada kegiatan haram melalui tiga akaun AmPrivate Banking beliau.

Kesalahan terbabit didakwa dilakukan di AmIslamic Bank Berhad, Ambank Group Building, No. 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 menurut Seksyen 4 (1) (a) AMLATFA.

Beliau berdepan hukuman denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KE MUKA PENGADILAN: Najib (dua kanan) hadir ke Mahkamah Sesyen semalam pada sebutan semula tiga pertuduhan baharu pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta, lima tahun lepas.
— Gambar Bernama KE MUKA PENGADILAN: Najib (dua kanan) hadir ke Mahkamah Sesyen semalam pada sebutan semula tiga pertuduhan baharu pengubahan wang haram berjumlah RM47 juta, lima tahun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia