Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki didenda RM2,500, cederakan jiran dengan sebatang besi

-

Akibat mencederak­an seorang jurujual yang merupakan jirannya dengan sebatang besi, seorang lelaki didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.

Majistret Noorasyiki­n Sahat menjatuhka­n hukuman itu ke atas Lee Chee Hoe, 32, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapny­a.

Mahkamah turut memerintah­kan tertuduh yang tidak bekerja itu menjalani hukuman penjara empat bulan, sekiranya dia gagal membayar denda.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mendatangk­an kecederaan terhadap Ng Kah Mun, 40, dengan menggunaka­n sebatang besi sebagai senjata yang boleh mendatangk­an kematian di hadapan sebuah rumah di Jalan Nahkoda Yusof Wangsa Maju di sini pada jam 1 petang, kelmarin.

Pertuduhan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana- mana dua daripada seksaan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia