Utusan Borneo (Sarawak)

Koperal polis mengaku tidak bersalah minta, terima rasuah

-

Seorang koperal polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini semalam terhadap tiga pertuduhan meminta dan menerima suapan daripada seorang lelaki, dua tahun lepas.

Tertuduh, Mohd Shariff Ahmad, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Bagi pertuduhan pertama, Mohd Shariff yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai didakwa secara rasuah meminta suapan wang tunai RM10,000 daripada Muhammad Audi Musa sebagai dorongan untuk menutup kes dadah yang sedang disiasat Bahagian Narkotik IPD berkenaan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di hadapan sebuah bengkel, di Kulai, kira-kira jam 6.20 petang, 31 Disember 2017.

Bagi pertuduhan kedua, lelaki itu didakwa secara rasuah bersetuju terima suapan wang tunai RM3,000 daripada Muhammad Audi bagi menutup kes sama manakala bagi pertuduhan ketiga, dia didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai RM3,000 daripada individu sama sebagai dorongan untuk menutup kes sama.

Perbuatan terbabit masingmasi­ng didakwa dilakukan di hadapan bengkel sama pada 9.25 malam, 4 Disember 2017 dan jam 8.45 malam, 6 Disember 2017.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, Mohd Shariff didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum menurut Seksyen 24 akta sama.

Pertuduhan ketiga pula didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang juga boleh dihukum bawah Seksyen 24 akta sama.

Ketiga-tiga seksyen berkenaan memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalik­an Pegawai Pendakwa SPRM Khazrin Haffiz Khalil manakala Mohd Shariff diwakil peguam Siti Rasidah Abd Radzak.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin bagi ketiga- tiga pertuduhan dan menetapkan 11 Mac depan sebagai tarikh sebutan semula kes itu — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Mohd. Shariff (dua kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah bernilai RM13,000 dua tahun lalu.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Mohd. Shariff (dua kanan) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam atas tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah bernilai RM13,000 dua tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia