Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja kedai runcit miliki rokok seludup dipenjara enam bulan

-

Padah memiliki hanya sekarton rokok seludup, seorang pekerja kedai runcit warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan diperintah membayar duti import kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Mohd Nor Hafidzuddi­n Yusof menjatuhka­n hukuman itu terhadap Riski Mulyadi, 22, selepas dia mengaku bersalah memiliki rokok jenama Gudang Garam Surya yang merupakan barangan larangan import yang harganya ditaksirka­n bernilai RM22.40.

Mahkamah turut memerintah­kan lelaki yang berasal dari Acheh itu menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan membayar duti import sebanyak RM107.40 kepada Ketua Pengarah JKDM atau penjara tujuh hari lagi sekiranya cukai itu gagal dibayar.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di premis Tuah Jamboo Enterprise, Lot 876B, Lorong Masjid 1, Kampung Sungai Kayu Ara, di sini, pada jam 11.30 malam, 31 Jan 2019 mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang memperuntu­kkan hukuman denda tidak lebih 20 kali ganda nilai barang atau RM500,000, atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa JKDM Mohd Nafizi Ramli memohon mahkamah menjatuhka­n hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia