Utusan Borneo (Sarawak)

Rosmah akan mohon gantung prosiding kes saman syarikat barang kemas

-

Datin Seri Rosmah Mansor akan menfailkan permohonan untuk menggantun­g prosiding kes saman sebuah syarikat pemborong barang kemas dari Lubnan yang menuntut beliau memulangka­n 44 unit barang kemas yang dihantar kepadanya.

Peguam N. Rajivan yang mewakili Rosmah berkata, permohonan itu dibuat memandangk­an sehingga hari ini kerajaan masih belum mengesahka­n status 44 unit barang kemas tersebut sama ada berada pada pihak polis ataupun Rosmah.

Peguam itu berkata Pesuruhjay­a Kehakiman Wong Chee Lim telahpun menetapkan untuk mendengar permohonan tersebut pada 25 Feb selepas mahkamah dimaklumka­n hasrat Rosmah untuk memfailkan permohonan berkenaan.

“Pihak kami akan failkan permohonan bagi menggantun­g prosiding sehingga tempoh sitaan tamat. Kami akan failkan sebelum 25 Feb ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pengurusan kes itu di dalam kamar Wong semalam.

Rajivan berkata pihaknya percaya bahawa tempoh sitaan akan tamat pada Mei ini. Selain Rajivan, Rosmah turut diwakili peguam Reza Rahim.

Semalam ditetapkan untuk pengurusan kes bagi meng- etahui status 44 unit barang kemas itu sama ada berada pada pihak polis ataupun Rosmah.

Peguam Datuk G. David yang bertindak bagi syarikat dari Lubnan, Global Royalty Trading SAL, berkata mahkamah juga memerintah­kan pihak kerajaan selaku defendan kedua dalam saman tersebut untuk memfailkan penyataan pembelaan.

Pada 20 Ogos 2018, Mahkamah Tinggi membenarka­n permohonan kerajaan untuk menjadi pencelah dalam kes saman itu dan dinamakan sebagai defendan kedua.

Peguam itu berkata tarikh perbicaraa­n untuk kes tersebut juga telah ditetapkan pada 4 dan 5 Mac ini.

Pada 26 Jun 2018, Global Royalty menyaman Rosmah menuntut beliau memulangka­n 44 unit barang kemas yang dihantar kepadanya untuk dipilih atau membayar harga untuk semua barangan kemas berkenaan berjumlah AS$14.79 juta atau hampir RM60 juta.

Dalam pernyataan tuntutanny­a, Global Royalty, pemborong barang kemas antarabang­sa, mendakwa bahawa Rosmah telah lama menjadi pelanggan tetapnya dan bahawa firma itu akan menghantar konsaimen barang kemas kepadanya atas permintaan beliau. Rosmah kemudian akan menilai atau membeli barang kemas pilihannya yang akan dibayar sendiri olehnya atau melalui pihak ketiga.

Syarikat itu yang membekalka­n barang kemas kepada kerabat diraja serta pelanggan dan ternama dari seluruh dunia, mendakwa bahawa barang kemas yang tidak dipilih biasanya akan dipulangka­n, dan dalam keadaan tertentu Rosmah akan meminjam beberapa barang kemas itu dan memulangka­nnya kepada plaintif.

Global Royalty mendakwa pada 10 Feb 2018, ia telah menghantar 44 set barang kemas termasuk kalung berlian, anting- anting, cincin, gelang dan tiara, masing-masing bernilai antara AS$124,000 dan AS$925,000 kepada defendan melalui serahan tangan menerusi dua ejennya.

Syarikat itu berkata semasa serahan, Rosmah mengesahka­n dan menerima termaterma serta syarat yang terkandung dalam Memorandum No. 926 berkaitan barang kemas tersebut.

Syarikat itu mendakwa bahawa Rosmah, melalui surat bertarikh 22 Mei 2018, juga mengesahka­n dan mengakui menerima barang kemas terbabit tetapi menyatakan kesemua barang kemas berkenaan tidak lagi berada dalam milikannya kerana telah dirampas dan ia kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa Malaysia.

Firma itu mendakwa bahawa sepanjang masa material, plaintif adalah pemilik barang kemas tersebut dan pemilikan tersebut tidak pernah dipindahka­n kepada defendan.

Global Royalty memohon pengisytih­aran mahkamah bahawa firma itu adalah pemilik sah 44 unit barang kemas terbabit selain perintah pesanan yang menyatakan bahawa pemilikan barang kemas itu tidak pernah dipindahka­n kepada defendan.

Ia juga memohon perintah mandatori supaya Rosmah menyediaka­n senarai barang kemas yang telah dirampas, perintah untuk barang kemas itu dipulangka­n atau, jika tidak, Rosmah akan bertanggun­gjawab membayar harga barangan berjumlah, AS$ 14.79 juta ( RM59.83 juta).

Rosmah, dalam pernyataan pembelaann­ya yang difailkan pada 23 Julai 2018 menafikan membeli manamana 44 unit barang kemas dan berkata barang kemas terbabit dihantar kepada beliau untuk dilihat atas sifat beliau sebagai isteri perdana menteri Malaysia atas kehendak dan kerelaan syarikat itu sendiri dan tanpa sebarang obligasi untuk beliau membeli barang kemas tersebut. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia