Utusan Borneo (Sarawak)

Pemandu Toyota Vios mengaku tidak bersalah

Dituduh memandu secara berbahaya sehingga menyebabka­n kematian rakannya, Moey Yun Peng

-

Selain itu tertuduh tinggal bersama ibu bapanya di mana bapanya bekerja sebagai pekerja elektrik yang mempunyai pendapatan RM2500 sebulan manakala

” ibunya hanya suri rumah.

BUKIT MERTAJAM: Seorang bekas pekerja salon mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini semalam atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabka­n kematian, Moey Yun Peng, selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dipandu Yun Peng di Jambatan Pulau Pinang terhumban ke dalam laut pada 20 Jan lepas.

K. Vaitheswar­an, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan terhadapny­a dalam Bahasa Tamil di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap.

Lelaki itu yang memandu kereta Toyota Vios ketika kejadian didakwa menyebabka­n kematian rakannya yang juga penuntut kolej swasta, di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai di sini, jam 3.00 pagi pada hari berkenaan.

Vaitheswar­an yang kelihatan sentiasa tunduk semasa prosiding djalankan, didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987, yang jika sabit kesalahan boleh membawa kepada hukuman penjara maksimum 10 tahun, dan denda sehingga RM20,000, dan boleh hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih tiga tahun daripada sabitan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya yang juga Pengarah Pendakwaan negeri Yusaini Amer Abdul Karim memohon kepada mahkamah jaminan RM10,000 terhadap tertuduh dengan seorang penjamin atas faktor keseriusan kesalahan yang dilakukan.

Bagaimanap­un peguam S. Parameswar­an yang mewakili tertuduh memohon jaminan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan itu dikurangka­n atas alasan anak guamnya kini tidak lagi bekerja.

“Selain itu tertuduh tinggal bersama ibu bapanya di mana bapanya bekerja sebagai pekerja elektrik yang mempunyai pendapatan RM2500 sebulan manakala ibunya hanya suri rumah,” katanya

Peguam itu kemudianny­a meminta jaminan dikurangka­n kepada RM5,000 kerana tiada alasan untuk tertuduh melarikan diri daripada kes itu dan anak guamnya memberikan kerjasama yang baik kepada polis sepanjang siasatan terhadapny­a dilakukan.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan menetap- kan 18 Mac untuk sebutan kes.

Mahkamah turut memerintah­kan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes selesai dan mengarahka­n tertuduh melapor diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali.

Dalam kejadian jam 2.54 pagi Ahad, SUV Mazda CX5 yang dipandu Yun Peng terhumban ke laut selepas keretanya terlibat dalam kemalangan dengan kereta jenis Toyota Vios di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang menghala Perai.

Usaha untuk mengeluark­an kenderaan dan mayat Yun Peng dari dasar laut, mengambil masa lebih 24 jam, dan ia berjaya dikeluarka­n pada Selasa petang, 22 Januari.

Mayat Yun Peng yang masih berada di tempat duduk pemandu kenderaan dengan tali pinggang keledarnya masih terpasang, ditemukan dalam SUV yang remuk itu semasa ditarik keluar dari laut pada jam 6.07 petang. — Bernama

S. Parameswar­an Peguam

 ?? — Gambar Bernama ?? BICARA: K Vaitheswar­an mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dekat Bukit Mertajama, semalam atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabka­n kematian, Moey Yun Peng dalam kejadian kemalangan di Jambatan Pulau Pinang pada 20 Jan lepas.
— Gambar Bernama BICARA: K Vaitheswar­an mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dekat Bukit Mertajama, semalam atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabka­n kematian, Moey Yun Peng dalam kejadian kemalangan di Jambatan Pulau Pinang pada 20 Jan lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia