Utusan Borneo (Sarawak)

Mayat warga emas ditemui terapung dalam longkang sawah

-

Misteri kehilangan seorang warga emas berusia 87 tahun sejak tiga har lepas terungkai selepas orang awam menemui mayatnya terapung dalam longkang sawah di Parit 8, Chikus, di sin petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Mohd Marzukh Mohd Mokhtar berkata Hamidah Hussin dari Kampung Sungai Tukang Sidin Langkap, pada mulanya dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Parit 8 sekitar jam 7.00 malam Sabtu lalu.

Beliau berkata polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang wanita oleh orang awam di longkang sawah itu pada kira-kira jam 7.40 petang kelmarin, dan warga emas itu memang diketahui mempunyai penyakit nyanyuk.

“Siasatan mendapati ( mayat) si mati tersangkut pada batu longkang sedalam satu meter dalam keadaan air yang deras, di lokasi kirakira satu kilometer dar tempat dia dilaporkan keluar rumah pada hari Sabtu lepas Tiada sebarang perbuatan jenayah dikesan,” katanya dalam kenyataan di sin semalam.

Mayat warga emas itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospita Teluk Intan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia