Utusan Borneo (Sarawak)

Sarjan tentera antara lapan Orang Asli didakwa sebabkan kematian

-

Seorang sarjan tentera antara lapan lelaki Orang Asli yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menyebabka­n kematian seorang lelaki enam tahun lalu.

Mereka ialah Sjn. Hanny a/l Itam, 34; Norazizan a/l Awang, 34; Lemay Uda Jamil, 34, Laies a/l PA Engah, 36; Ramlan a/l Dollah, 24; Jassiva a/l Pandak, 29; Azwan a/l Alim, 28 dan Irwan a/l Ngah, 27.

Mereka dituduh secara bersama- sama menyebabka­n kematian Mohd Azrin Mohd Arif di Kampung Chenderung Kelubi, Tanjung Tualang antara jam 12 tengah malam hingga 3.30 pagi pada 5 April 2013, menurut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Hakim Datuk Julie Lack Abdullah menetapkan 11 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Media sebelum ini melaporkan polis menahan tujuh suspek di sekitar Kampung Gajah dan Tanjung Tua- lang antara 29 Jan hingga 2 Feb lalu sementara anggota tentera terbabit ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Arau, Perlis pada 4 Feb lalu.

Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan kes Mohd Azrin yang mayatnya ditemukan terapung di kawasan lombong di kampung berkenaan pada 6 April 2013. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA: Lapan lelaki Orang Asli termasuk seorang anggota tentera berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ipoh, semala atas pertuduhan menyebabka­n kematian seorang lelaki enam tahun lalu.
— Gambar Bernama DIDAKWA: Lapan lelaki Orang Asli termasuk seorang anggota tentera berpangkat sarjan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Ipoh, semala atas pertuduhan menyebabka­n kematian seorang lelaki enam tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia