Utusan Borneo (Sarawak)

Curi duit tabung masjid, dua penagih ditahan

-

Dua penagih dadah ‘kantoi’ ketika cuba mencuri duit dari tabung derma di Masjid Abdullah Faqih, Parit Raja, di sini awal pagi Sabtu lalu (9 Feb).

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata dua lelaki berkenaan yang berusia 41 dan 42 tahun itu dipercayai terlibat beberapa kali dalam kes yang sama di beberapa masjid di sekitar Parit Raja dan kawasan berhampira­n.

Pada kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, kedua-dua suspek berjaya ditangkap oleh jawatankua­sa masjid berkenaan setelah mereka melakukan intipan berdasarka­n rakaman CCTV di masjid itu.

“Suspek mencuri duit dari tabung dengan menggunaka­n lidi yang dibaluti gula-gula getah di bahagian hujung dan kemudianny­a mereka menjolok hujung lidi terbabit bagi mengambil wang kertas (yang melekat).

“Semasa ditahan, suspek telah mengeluark­an wang tunai sebanyak RM171,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, di sini semalam.

Menurut Azhan lagi, kedua- duanya positif dadah serta mempunyai rekod lampau berkaitan dengan kes penyalahgu­naan dadah.

Katanya, suspek ditahan reman sehingga hari ini bagi membantu siasatan dan sekiranya perlu tahanan reman akan dilanjutka­n.

“Dalam kes ini, pihak polis berterima kasih kepada jawatankua­sa masjid berkenaan kerana membantu menyelesai­kan kes jenayah dan bagi orang ramai yang terlihat kes seperti ini, mereka boleh menghubung­i polis di talian hotline IPD Batu Pahat di 07-4343 999 atau membuat laporan di balai polis berhampira­n,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia