Utusan Borneo (Sarawak)

Penjaga tokong mengamuk, tetak dua lelaki hingga cedera

-

Berang selepas ditegur kerana membakar sampah, seorang penjaga tokong mengamuk dan menetak dua lelaki menggunaka­n pisau pemotong daging di Wat Siam Mak Mandin, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam kejadian jam 6.30 petang itu telah mengakibat­kan salah seorang daripada lelaki itu cedera di kepala dan memerlukan 17 jahitan, sementara seorang lagi luka di tangan kanan.

Beliau berkata penjaga tokong berusia 57 tahun itu pada mulanya membakar sampah di kawasan terbuka di belakang tokong terbabit dan perbuatann­ya ditegur oleh kedua- dua lelaki itu yang memintanya memadamkan api itu.

“Teguran i ni telah menyebabka­n suspek naik berang dan terus menghayunk­an pisau pemotong daging itu ke arah mangsa, menyebabka­n kedua-duanya mengalami kecederaan dan dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dirawat,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, suspek turut mengalami kecederaan di jari dan tapak tangan dan ditahan pada jam 11 malam ketika mendapatka­n rawatan di hospital yang sama.

Beliau berkata siasatan awal mendapati suspek mempunyai enam rekod jenayah lampau dan berada di bawah pengaruh alkohol semasa kejadian.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabka­n kecederaan parah dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia