Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki cuba pecah rumah ditahan

-

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Demikian nasib dua lelaki yang dipukul orang awam sebelum ditahan polis ketika cuba memecah masuk sebuah rumah di Kampung Damai, Kuang dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Shafa’aton Abu Bakar berkata pihaknya menerima maklumat kejadian berkenaan daripada orang awam pada jam 11 malam sebelum sepasukan polis tiba di lokasi kejadian dan memberkas kedua-dua suspek yang dipercayai penagih dadah itu.

“Kedua- dua lelaki yang berumur antara 20 dan 26 tahun itu mengalami luka ringan di muka dan kaki akibat dipukul orang awam ketika cuba melarikan diri,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Semakan mendapati keduadua suspek mempunyai 18 rekod kesalahan lampau yang terdiri daripada enam rekod berkaitan dadah dan 12 kes jenayah termasuk pecah rumah, katanya.

Katanya, hasil siasatan awal juga mendapati seorang daripada suspek terlibat dalam satu kes pecah rumah di Lorong Melati, Kampung Damai, Kuang pada 2 Januari lepas melibatkan kerugian yang dianggarka­n RM5,000, katanya.

Menurutnya, kedua- dua suspek direman lima hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia