Utusan Borneo (Sarawak)

Kompaun RM4,000 jika gagal daftar skim PERKESO

Hanya 10,677 pendaftara­n diterima daripada 300,000 pemandu teksi, kereta sewa dan e-panggilan

-

Jangan salah faham, kompaun ini sebab kita mahu beri perlindung­an kepada mereka dan bukan sebab kita mahukan duit mereka kerana jumlah caruman yang dibayar nilainya kecil sahaja

sendiri. ” Ini untuk kebaikan mereka

ALOR SETAR: Pemandu teksi, kereta sewa dan epanggilan akan dikenakan kompaun sehingga RM4,000, sekiranya gagal mendaftar di bawah Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri yang ditawarkan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO), selewat-lewatnya Jun ini.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata sejak skim itu dikuatkuas­akan pada 1 Jun 2017 sehingga 29 Jan lepas, PERKESO hanya menerima 10,677 pendaftara­n daripada golongan tersebut dan jumlah itu sangat kecil berbanding keseluruha­n pemandu ketigatiga kategori itu yang dianggarka­n 300,000 orang.

Namun, beliau berkata pihaknya tidak akan terburu- buru melaksanak­an tindakan itu dan menasihati pemandu untuk mendaftar dan mencarum dengan skim itu secara sukarela demi mendapat perlindung­an sosial yang ditawarkan PERKESO.

“Jangan salah faham, kompaun ini sebab kita mahu beri perlindung­an kepada mereka dan bukan sebab kita

Datuk Mahfuz Omar

Timbalan Menteri Sumber Manusia

mahukan duit mereka kerana jumlah caruman yang dibayar nilainya kecil sahaja. Ini untuk kebaikan mereka sendiri.

“PERKESO juga memberi kelonggara­n kepada pemandu teksi, kereta sewa dan e-panggilan untuk membayar caruman mereka secara tahunan sebanyak RM157.20 atau bulanan sebanyak RM13.10 yang boleh memberi manfaat kepada mereka dan juga keluarga,” katanya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina PERKESO di sini, semalam.

Sementara itu, Mahfuz berkata skim tersebut yang se- belum ini hanya dikhususka­n kepada pemandu teksi, kereta sewa dan e-panggilan telah diperluas kepada pemandu bas yang bekerja sendiri mulai 1 Feb lepas bagi memberi perlindung­an kepada mereka.

Katanya, kira-kira 40,000 pemandu bas yang dilihat berdepan risiko kemalangan akan menerima manfaat perlindung­an keselamata­n sosial sekiranya mendaftar dan mencarum di bawah skim itu.

Dalam pada itu, Ketua Eksekutif PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan pemandu teksi, kereta sewa, e-panggilan serta bas bagi memberi pendedahan mengenai pentingnya mencarum dengan PERKESO.

“PERKESO juga sedang giat untuk memperluas­kan lagi liputan skim ini kepada sektor pekerjaan lain yang dijangka akan dapat melindungi semua pekerja yang bekerja sendiri dan perkara itu akan dipertimba­ngkan selepas melihat keberkesan­an skim in untuk kumpulan pekerjaan sekarang,” katanya.

Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri antaranya memberi perlindung­an kepada pencarum daripada bencana pekerjaan termasuk penyakit pekerjaan dan kemalangan semasa menjalanka­n aktivit pekerjaan selain menyediaka­n faedah tunai di samping menyediaka­n rawatan perubatan pemulihan jasmani dan latihan vokasional. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Mahfuz menyampaik­an sumbangan Perkeso kepada Tan Zheng, 8, dan ibunya Ooi Siaw Hui (kiri) pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Perkeso 2019 di Jalan Lumpur dekat Alor Setar, semalam.
— Gambar Bernama TERIMALAH: Mahfuz menyampaik­an sumbangan Perkeso kepada Tan Zheng, 8, dan ibunya Ooi Siaw Hui (kiri) pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Perkeso 2019 di Jalan Lumpur dekat Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia