Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan diminta kaji semula penguranga­n penjawat awam bagi sektor keselamata­n

-

Kerajaan disaran mengkaji semula penguranga­n penjawat awam bagi sektor keselamata­n memandangk­an sektor berkenaan amat penting kepada negara dan tidak boleh dikompromi.

Menyaranka­n demikian, Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Mohd Azis Jamman berkata: “Kalau anggota keselamata­n kita kurang, ia juga akan menjejaska­n keselamata­n negara. Malah (sekarang ini pun) kita menghadapi masalah kekurangan anggota (keselamata­n)”.

Beliau bercakap pada sidang media selepas melawat Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud, Pengarah Imigresen Johor Datuk Rohaizi Bahari dan Pengarah Kastam Johor Mohammad Hamiddan Maryani.

Mohd Azis turut menyebut masalah kekurangan anggota keselamata­n di BSI dan Kompleks Sultan Abu Bakar ( KSAB) yang kedua- du- anya merupakan pintu utama masuk ke negara ini melalui Johor dan mencatatka­n kirakira 326,000 kemasukan setiap hari.

“Sekitar 2,000 anggota keselamata­n imigresen yang bertugas di kedua-dua pintu ini secara bergilir setiap hari, namun masih tidak mencukupi sedangkan kedua-dua pintu masuk itu turut mencatatka­n 75 peratus jumlah kemasukan pelancong ke negara ini.

“Ini bermakna jumlah trafik masuk ke negara ini sememan- gnya memerlukan kakitangan yang mencukupi baik dar imigresen, kastam, polis dan RELA,” katanya dan menambah terdapat 200 kekosongan perjawatan imigresen ketika ini di kedua-dua pintu masuk berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MUDAH: Aziz melihat penunggang motosikal melalui sistem kawalan imigresen automatik (M-Bike di laluan motosikal ketika mengadakan lawatan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) hdi Johor Bahru, semalam.
— Gambar Bernama MUDAH: Aziz melihat penunggang motosikal melalui sistem kawalan imigresen automatik (M-Bike di laluan motosikal ketika mengadakan lawatan ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI) hdi Johor Bahru, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia