Utusan Borneo (Sarawak)

Penggunaan produk berasas ganja perlu diberi peluang dalam perubatan

-

Penggunaan produk berasaskan ganja yang diimport perlu diberi peluang dan diterima secara terbuka bagi tujuan perubatan, kata ketua aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Katanya, kerajaan mahupun pihak terlibat perlu bersikap lebih terbuka untuk menggunaka­n ganja bagi tujuan rawatan memandangk­an sudah banyak kajian klinikal dijalankan sama ada di dalam makmal perubatan tempatan dan antarabang­sa.

“Cuma, kita perlu lebih meneliti sejauh mana penggunaan itu dikawal dan mempelbaga­ikan lagi kajian klinikal atau penyelidik­an berkaitan tumbuhan tersebut untuk digunakan sebagai kaedah perubatan alternatif.

“Menjadi satu kerugian jika ada kaedah alternatif termasuk tumbuhan itu (tetapi) tidak dimanfaatk­an sebaiknya sekiranya ia terbukti mampu merawat pelbagai penyakit termasuk kanser dan penyakit saraf,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini semalam.

Beliau berkata selain mempelbaga­ikan jenis kaedah perubatan, produk berasaskan ganja juga dilihat mampu mengurangk­an kos rawatan memandangk­an ia mudah dan boleh ditanam secara komersial, selaras dengan peruntukan undang-undang berkaitan tanaman terkawal sedia ada.

“Kita sedia maklum kos perubatan terutama kanser sangat tinggi dan membebanka­n pesakit. Jadi, jika wujud alternatif lain, mungkin ia dapat membantu mereka ini dan sekarang paling diterima pakai adalah produk berasaskan ganja seperti mana yang dilakukan di negara luar termasuk Amerika Syarikat, Thailand dan Mexico,” katanya.

Kelmarin, melalui portal tempatan melaporkan Timbalan Menteri Kesi- hatan, Dr Lee Boon Chye berkata produk berasaskan ganja bagi tujuan perubatan boleh diimport tetapi perlu mematuhi tiga syarat yang dikenakan kerajaan dan syarikat yang berbuat demikian perlu mendaftark­annya dengan Kementeria­n Kesihatan.

Dr Lee berkata, antara aspek yang diteliti kerajaan sebelum mengesahka­n sesuatu produk sebagai ubat adalah ia selamat digunakan, terbukti berkesan dan maklumat kegunaan yang jelas.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan ( AADK), Datuk Seri Zulkifli Ab- dullah dilaporkan media sebagai berkata, pokok ganja boleh diusahakan bagi tujuan perubatan dan kajian, namun perlu memperoleh kebenaran Menteri Kesihatan.

Menurutnya, terdapat peruntukan undang-undang yang membenarka­n penanaman pokok ganja dengan syarat atau kebenaran khusus.

“Jadi saya rasa sayanglah kalau benda ini betul (ganja perubatan) dan boleh dilakukan dalam negara. Kalau kita tengok Akta Dadah Berbahaya, pokok ganja ini boleh diusahakan untuk tujuan perubatan,” kata Zulkifli. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia