Utusan Borneo (Sarawak)

Rujuk MQA, elak ditipu, kata Maszlee

-

Individu yang ingin melanjutka­n pengajian di peringkat tertinggi digalakkan merujuk terlebih dahulu dengan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) supaya tidak menjadi mangsa penipuan, kata Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik

Beliau berkata, MQA merupakan agensi yang akan mengenal pasti semua program yang diakredita­si di universiti dan institusi pengajian tinggi (IPT).

“MQA sudah membuat piawaian yang tinggi untuk tujuan itu,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak projek Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Pelangi, di sini, semalam. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia