Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri dan Kementeria­n Pertahanan tidak pernah taja Dr Suwaibah RM4 juta

-

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, dan Kementeria­n Pertahanan, tidak pernah menaja kos RM4 juta yang diperlukan Dr Suwaibah Muhammad Nasir dalam misi pelari solo itu menawan 30 menara tertinggi di dunia.

Pejabat Kementeria­n Pertahanan dalam kenyataan semalam berkata, pihaknya hanya menghulurk­an sokongan kepada usaha itu, namun ia tidak menyebut bentuk sokongan yang dihulurkan, selain berkata pihak kementeria­n sedia menyokong usaha- usaha baik yang dilakukan oleh sesiapa sahaja.

“Adalah tidak adil kepada mana-mana atlet menuduh sokongan kepada Suwaibah sebagai berat sebelah sekiranya mereka sendiri tidak pernah bertemu dan mendapatka­n sokongan Kementeria­n Pertahanan serta Menteri Pertahanan (Mohamad Sabu),” menurut kenyataan itu.

Pada 7 Feb lalu pelari solo negara Mej (K) Dr Suwaibah Muhammad Nasir dilaporkan berkata beliau memerlukan dana kirakira USD1 juta (RM4 juta) bagi melengkapk­an Jelajah Kemanusiaa­n Menakluk 30 Menara Tertinggi Dunia.

Beliau berkata dana itu diperlukan bagi menampung kos yang tinggi termasuk penginapan, tiket kapal terbang, permohonan visa serta perkara berkaitan bagi melengkapk­an misi itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia