Utusan Borneo (Sarawak)

Dibunuh akibat dendam pada keluarga

Suspek merupakan kenalan kepada keluarga Siti Masitah dan tinggal sekampung

-

KUANTAN: Dendam terhadap keluarga mangsa dipercayai menjadi punca pembunuhan kejam kanak-kanak perempuan yang mayatnya ditemui di ladang kelapa sawit di Kampung Tanjung Medang Hilir, di Pekan Sabtu lepas, kata polis.

Siti Masitah Ibrahim, 11, dipercayai dibunuh dengan kejam pada hari yang sama dia dilapor hilang 30 Jan lepas dan mayatnya ditemui dalam keadaan tragis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang Datuk Othman Nayan berkata polis menahan seorang lelaki Kemboja berusia 23 tahun pada 31 Jan selepas menerima laporan mengenai kehilangan kanak-kanak berketurun­an Kemboja itu.

“Lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu merupakan kenalan kepada keluarga mangsa dan tinggal sekampung. Pada awal soal siasat suspek tidak membuat pengakuan berkenaan kehilangan kanak-kanak itu tetapi setelah mayat ditemui, suspek mendedahka­n penglibata­nnya berkait kehilangan mangsa.

“Hasil pengakuan awal suspek, polis merampas senjata kayu yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa,” katanya dalam

Saya ingin menafikan penularan berita yang tidak berasas bahawa terdapat kehilangan organ-organ badan mayat berkenaan yang kononnnya dikaitkan

” dengan aktiviti penjualan organ manusia.

Datuk Othman Nayan

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang

kenyatan kepada media di sini semalam.

Othman berkata hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak malang itu meninggal dunia akibat ‘probable head injury’ dan terdapat kesan kecederaan pada rahang kiri dan bahagian atas tengkorak sebelah kiri dipercayai akibat dipukul dengan kayu.

“Saya ingin menafikan penularan berita yang tidak berasas bahawa terdapat kehilangan organ-organ badan mayat berkenaan yang kononnnya dikaitkan dengan aktiviti penjualan organ manusia. Kami tidak menolak kemungkina­n keadaan mayat yang tidak sempurna itu boleh diakibatka­n oleh haiwan liar dan faktor mayat terdedah dalam tempoh masa yang panjang,” katanya.

Beliau turut menolak dak- waan yang mengatakan polis lewat mengambil tindakan mengesan kanak-kanak berkenaan kerana tangkapan dan soal siasat terhadap suspek dibuat sejurus selepas menerima laporan kehilangan mangsa pada jam 11 malam 30 Jan lalu.

Mayat Siti Masitah yang berketurun­an Kemboja ditemukan pada kira- kira pukul 4.00 petang Sabtu lalu oleh penduduk kampung yang memburu ayam hutan di kawasan berkenaan.

Semasa ditemui, mayat dalam keadaan tertiarap dan hampir reput dengan tangan diikat dari belakang menyebabka­n timbul spekulasi kanak-kanak itu menjadi mangsa pemerdagan­gan manusia.

Ibunya Zaleha Abdullah, 35, sebelum ini memaklumka­n anaknya kali terakhir dilihat pada jam 5.00 petang 30 Jan lalu, ketika meminta wang RM1 daripadany­a untuk ke kedai berhampira­an, tetapi anak ketiga daripada empat beradik itu tidak pulang ke rumah selepas itu menyebabka­n keluargany­a membuat laporan polis.

Suspek kemudian ditahan pada kira-kira jam 2.00 pagi 31 Jan di simpang masuk ke Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan selepas ada saksi mendakwa melihat Siti Masitah membonceng motosikal yang ditunggang lelaki itu pada hari dia dilaporkan hilang. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PILU: Ibu kanak-kanak dibunuh Solihah Abdullah, 35, mententera­mkan anak bongsunya Mohamad Khairy Ibrahim, 9, yang memeluk gambar kakaknya Siti Masitah, 11, yang mati dibunuh ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Medang Hilir, semalam.
— Gambar Bernama PILU: Ibu kanak-kanak dibunuh Solihah Abdullah, 35, mententera­mkan anak bongsunya Mohamad Khairy Ibrahim, 9, yang memeluk gambar kakaknya Siti Masitah, 11, yang mati dibunuh ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tanjung Medang Hilir, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia