Utusan Borneo (Sarawak)

Memohon perintah deklarasi bahawa entiti SPR tidak wujud, tidak sah dan atau tidak berperlemb­agaan

-

SHAH ALAM: Seorang pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih memfailkan saman pemula terhadap Suruhanjay­a Pilihan Raya ( SPR) bagi menghalang suruhanjay­a itu daripada mengendali­kan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Semenyih akan datang.

Selain SPR, Puan Sri Sabariah Mohd Shariff, 58, selaku plaintif turut menamakan Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun serta kerajaan persekutua­n sebagai defendan-defendan dan saman itu difailkan secara dalam talian (e-filing) menerusi Tetuan Azam Aziz Shaharudin­ali & Co pada Jumaat lalu.

Bercakap dalam sidang media di lobi Kompleks Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam, Sabariah berkata, beliau memutuskan untuk mengambil tindakan saman itu selepas timbul isu di media sosial berkaitan SPR sama ada ia satu entiti yang sah atau tidak di sisi Perlembaga­an Persekutua­n.

“Melihat perkembang­an politik hari ini, saya berasakan bahawa adalah menjadi tanggungja­wab saya sebagai pengundi di kawasan DUN Semenyih dan sebagai warganegar­a Malaysia untuk melakukan sesuatu selaras dengan prinsip Kedaulatan Undangunda­ng seperti terkandung dalam Perlembaga­an dan undang-undang negara.

“Saya tidak mewakili manamana fahaman atau parti politik, saya tiada apa-apa

Mengikut Fasal 114 (1) Perlembaga­an Persekutua­n, SPR mestilah terdiri daripada gabungan seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima anggota SPR yang kesemuanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding

” dengan Majlis Raja-Raja.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz Peguam

kepentinga­n politik dengan apa jua keputusan undian yang bakal dibuat oleh majoriti pengundi di DUN Semenyih nanti. Saya hanya mahu memastikan proses demokrasi di negara kita ini dijalankan oleh pihak yang sah di sisi undang-undang dan saya percaya mahkamah satu-satunya medan yang layak membuat keputusan sama ada SPR ini sah atau tidak mengikut Perlembaga­an,” katanya.

Peguam Mohd Khairul Azam Abdul Aziz yang mewakili plaintif pula berkata, pihaknya berharap mahkamah akan menetapkan tarikh pendengara­n dalam masa terdekat dan membuat keputusan sebelum hari penamaan calon PRK DUN Semenyih pada Sabtu ini (16 Februari).

“Pihak kami difahamkan saman difailkan anak guam kami adalah tindakan yang pertama di negara ini. Kita serahkan kepada mahkamah sama ada SPR masih satu entiti yang sah apabila hanya terdapat seorang Pengerusi SPR yang mengu- ruskan hal-hal rasmi SPR selepas timbalan pengerusi SPR dan lima lagi anggotanya telah meletak jawatan berkuat kuasa 1 Januari lalu dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Mengikut Fasal 114 (1) Perlembaga­an Persekutua­n, SPR mestilah terdiri daripada gabungan seorang pengerusi, seorang timbalan pengerusi dan lima anggota SPR yang kesemuanya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja,” katanya.

Dalam tuntutan saman pemulanya, Sabariah memohon perintah deklarasi bahawa entiti SPR tidak wujud dan tidak sah dan atau tidak berperlemb­agaan selepas 1 Januari lepas menurut Fasal 114 (1) Perlembaga­an Persekutua­n.

Plaintif juga memohon perintah deklarasi bahawa mesyuarat SPR bertarikh 18 Januari lepas yang dipengerus­ikan oleh Azhar Azizan seorang diri tanpa keanggotaa­n timbalan pengerusi dan lima anggota SPR yang lain adalah tidak sah, batal dan melanggar Fasal sama, serta kesemua keputusan yang dibuat dalam mesyuarat itu tidak sah, batal dan tidak boleh dikuatkuas­akan oleh Azhar Azizan.

Selainitu,Sabariahme­mohon injunksi larangan untuk menghalang defendan kedua (Azhar Azizan) daripada bermesyuar­at dan atau meneruskan, melaksanak­an, menjalanka­n atau sebarang tindakan atau perbuatan mengendali­kan atau menganjurk­an dan atau melaksanak­an PRK DUN Semenyih sehingga keanggotaa­n penuh SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembaga­an Persekutua­n.

Dalam afidavit yang turut difailkan bersama saman pemula itu, plaintif mendakwa setakat 18 Januari lalu, Yang di-Pertuan Agong tidak ada membuat lantikan timbalan pengerusi dan lima anggota SPR yang baharu.

Menurutnya, beliau percaya disebabkan SPR tidak lagi wujud secara sah selepas 1 Januari 2019, maka pengerusi SPR seorang diri tidak boleh mengendali­kan, mengagihka­n atau melaksanak­an sebarang mesyuarat atau membuat sebarang keputusan untuk mengendali­kan PRK DUN Semenyih.

Enam bekas anggota SPR itu ialah Tan Sri Othman Mahmood (bekas Timbalan Pengerusi SPR), Datuk Md Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K. Bala Singam dan Datuk Leo Chong Cheong.

Lima daripada mereka meletak jawatan pada 18 Oktober 2018 manakala seorang lagi pada 27 November 2018 dan kesemua peletakan jawatan itu berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.

Pada 18 Januari lalu, Azhar Azizan mengumumka­n bahawa PRK DUN Semenyih akan diadakan pada 2 Mac ini, hari penamaan calon pada Sabtu ini dan hari mengundi awal pada 26 Februari. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SAMAN: Sabariah (dua kiri) bersama Mohd Khairul (tiga kiri) mengadakan sidang media berhubung saman terhadap SPR, di Kompleks Mahkamah Shah Alam semalam.
— Gambar Bernama SAMAN: Sabariah (dua kiri) bersama Mohd Khairul (tiga kiri) mengadakan sidang media berhubung saman terhadap SPR, di Kompleks Mahkamah Shah Alam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia