Utusan Borneo (Sarawak)

Kelulusan akademik bukan kriteria utama jadi pemimpin: AMANAH Kedah

-

Parti Amanah Negara (AMANAH) menyifatka­n tahap kelulusan akademik bukan kriteria utama yang perlu ada pada seseorang pemimpin, sebaliknya bakat dan pengalaman untuk memimpin adalah yang lebih penting.

Pengerusi AMANAH Kedah Datuk Dr Ismail Salleh berkata, ada pemimpin yang tidak mempunyai kelulusan yang tinggi, namun memiliki kemahiran memimpin yang baik.

“Kelulusan itu bukan menjadi kriteria utama kepada seorang pemimpin, walaupun ia penting tetapi bukan kriteria utama sebab pemimpin ini juga dilahirkan dengan bakat dengan pengalaman,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Stesen Janakuasa Solar 50 megawatt (MW) Quantum Solar Park Malaysia, di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai isu kelulusan akademik yang melibatkan beberapa pemimpin Pakatan Harapan kebelakang­an ini.

Perkara itu turut terpalit kepada Presiden AMANAH, Mohamad Sabu yang telah memberi penjelasan mengenainy­a sebelum ini.

“Yang dikaitkan dengan ‘Abang Mat’ (Mohamad Sabu) itu, dia tidak tulis dia mempunyai kelulusan atau degree ( ijazah) di ITM ( Institut Teknologi MARA), dia tulis belajar di situ dan dia tulis dia dibuang (dari ITM),” kata Dr Ismail.

AMANAH memiliki empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri in dengan tiga daripada mereka dilantik sebagai exco kerajaan negeri termasuk Dr Ismail — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia