Utusan Borneo (Sarawak)

Isu permit projek ladang hutan: MP Kampar lapor SPRM

-

Ahli Parlimen Kampar Thomas Su Keong Siong semalam membuat laporan kepada Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kelulusan permit projek pembanguna­n ladang hutan seluas 400 hektar di dua lokasi di Perak yang diberikan kepada sebuah syarikat.

Su berkata, laporan dibuat susulan wujud unsur meragukan berhubung syarikat itu yang didakwanya baru lima bulan ditubuhkan.

“Ini adalah satu perkara yang tidak betul. Kami ingin tahu bilakah syarikat ini memohon tanah ini sebab ia ditubuhkan pada 26 Julai 2018 dan mendapat kelulusan permit pada 14 Disember tahun yang sama.

“Mengapa kelulusan permit ini diberikan kepada syarikat ini dan bukannya kepada syarikat yang lain?” katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan itu yang turut disertai anggota Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) di pejabat SPRM di sini.

Dakwa wakil rakyat DAP itu syarikat tersebut memperoleh permit untuk membangunk­an projek ladang hutan di Hutan Simpan Kledang Saiong dan Hutan Simpan Bukit Kinta.

Sejak Jumaat lalu, sepucuk surat tular di media sosial mendakwa kerajaan neger Perak, melalui Mesyuarat Jawatankua­sa Sumber Hasi Hutan Negeri Perak Bil 2/2018 pada November 2018, telah meluluskan kawasan seluas 400 hektar kepada sebuah syarikat bagi tujuan Projek Pembanguna­n Ladang Hutan.

Ketika diminta mengulas perkara berkenaan, Menter Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dilaporkan berkata kerajaan negeri akan menyemak perkara itu.

“...saya tak tahu hujung pangkal jadi saya tidak boleh nak cakap. Saya kena periksa dengan Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Perhutanan, benda-benda macam in saya perlu periksa betul-betu dahulu,” katanya pada Sabtu — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia