Utusan Borneo (Sarawak)

Spurs benam Leicester 3-1 untuk kekalkan saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris

-

Pengurus Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino memuji semangat juang pasukannya ketika mereka mengekalka­n saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dengan menewaskan Leicester City 3-1 Ahad lepas.

Spurs membuka jaringan menerusi gol pertama Davinson Sanchez bersama Spurs tetapi mereka kemudian berterima kasih kepada penjaga gol Hugo Lloris yang menyelamat penalti Jamie Vardy selepas rehat perlawanan di Stadium Wembley.

Christian Eriksen kemudian meletakkan Spurs di hadapan dan walaupun Vardy berjaya merapatkan kedudukan, gol lewat Son Heung-min dari serangan pantas melengkapk­an kemenangan Spurs untuk mengukuhka­n kedudukan mereka di tangga ketiga liga selepas kemenangan kelima dari enam perlawanan liga terakhir.

Spurs ketika ini kurang lima mata dari dua pasukan teratas, Manchester City dan Liverpool, yang b e r k o n g s i mata.

Ketika Spurs masih dianggap calon luar untuk memenangi kejuaraan liga yang pertama mereka sejak 1961, kemampuan mereka untuk terus bersaing walaupun kecederaan kepada beberapa pemain utama seperti Harry Kane dan Dele Alli mencadangk­an mereka tidak harus diketepika­n.

Kemenangan itu adalah persediaan ideal sebelum menanti kunjungan Borussia Dortmund pada perlawanan pertama pus- ingan kedua Liga JuaraJuara Rabu ini. “Kadangkada­ng anda boleh menang tanpa bermain di tahap terbaik. Kami memberikan banyak peluang kepada lawan berbanding kebiasaann­ya tetapi saya fikir kemenangan ini adalah sewajarnya,” kata Pochettino. “Usaha pasukan adalah hebat, dengan apa yang telah berlaku musim ini, saya berasa sangat bangga.”

Leicester kini sudah tewas empat dari lima perlawanan terakhir, sekali gus menambah tekanan ke atas pengurusny­a, Claude Puel.

Puel dilaporkan hilang sokongan dari beberapa pemain utama, termasuk Vardy, yang bermula di bangku simpanan dan hanya dimasukkan pada minit ke-60 untuk mengambil penalti tetapi sentuhan pertama beliau itu mengecewak­an apabila Lloris meramal tepat pergerakan bola.

Spurs membuka jaringan pada minit ke-33 apabila umpanan Christian Eriksen disempurna­kan Sanchez.

Leicester mendakwa gol itu sepatutnya tidak dibenarkan kerana ofsaid tetapi tidak diendahkan pengadil.

Leicester memulakan separuh masa kedua dengan lebih meyakinkan dan mempunyai peluang untuk mengikat kedudukan apabila memperole- hi tendangan penalti pada minit ke-60 apabila Jan Vertonghen menjatuhka­n Maddison dalam kotak penalti.

Vardy sudah memanaskan badan sebelum itu dan beliau dimasukkan segera untuk mengambil penalti tetapi Lloris beraksi tangkas menepis tendangan.

Tidak lama selepas itu, Eriksen meletakkan Spurs 2-0 d hadapan.

Vardy menebus kesilapann­ya dengan gol minit ke-76 dan ketika Leicester terus mengasak pintu gol Spurs untuk memburu gol penyamaan, Son melakukan larian pantas sebelum menewaskan penjaga go Kasper Schmeichel untuk go ketiga pada minit kecederaan — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? TERJAH JARING: Son menjaringk­ang gol ketiga Spurs ketika beraksi pada perlawanan liga menentang Leicester di Stadium Wembley, London Ahad lepas.
— Gambar Reuters TERJAH JARING: Son menjaringk­ang gol ketiga Spurs ketika beraksi pada perlawanan liga menentang Leicester di Stadium Wembley, London Ahad lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia