Utusan Borneo (Sarawak)

Nishikori menegaskan sudah kembali cergas sepenuhnya

-

Bintang tenis Jepun, Kei Nishikori, menegaskan Ahad lepas di mana beliau sudah kembali cergas sepenuhnya selepas kecederaan lutut yang memaksa beliau menarik diri dari Terbuka Australia bulan lepas.

Pemain berusia 29 tahun itu merupakan pemain pilihan pertama pada kejohanan di Rotterdam, di mana beliau akan memburu kejuaraan kedua tahun ini selepas muncul juara di Brisbane.

Nishikori, pemain ranking ketujuh dunia, tidak asing dengan kecederaan dan menyaksika­n impian memburu kejuaraan Grand Slam pertama dalam kariernya tertangguh apabila terpaksa menarik diri pada perlawanan suku akhir Terbuka Australia ketika ketinggala­n 6-4 dan 4-1 kepada Novak Djokovic bulan lepas.

“Saya berasa sihat. Ia mungkin mengambil masa seminggu atau lebih untuk kembali cergas sepenuhnya, tetapi dari segi fizikal, saya cukup cergas. Saya berlatih dengan baik di Florida minggu lepas,” kata Nishikori.

“Ia pastinya satu cabaran yang menarik minggu ini. Ia adalah kejohanan yang dibarisi pemain yang hebat, jadi ia sudah tentu sukar.

“Saya biasa bermain di Memphis dan di New York pada minggu ini tahun lepas tetapi saya suka kejohanan dalam dewan dan kerana itu kenapa saya memilih untuk datang ke sini.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia