Utusan Borneo (Sarawak)

Sebanyak 32 pasukan sertai Liga Piala OBJ

-

Sebanyak 32 pasukan akan menyertai Liga Bola Sepak Piala Orang Besar Jajahan (OBJ) Larut Matang dan Selama di Padang Esplanade dan Padang Kamunting di sini bermula Sabtu ini.

Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama, Orang Kaya Menteri Paduka Tuan, Datuk Wan Mohd Isa Wan Mohd Razali berkatalig­aberkenaan­membabitka­n 95 perlawanan akan diadakan selama enam bulan.

Katanya, antara pasukan yang terlibat ialah enam pasukan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), sebuah pasukan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), dua pasukan dari Kedah dan selebihnya pasukan Majlis Perbandara­n Taiping (MPT), Manjung dan Padang Rengas.

Wan Mohd Isa, yang juga penaung liga tersebut, berkata liga itu menawarkan hadiah piala pusingan dan wang tunai RM3,000 bagi johan, naib johan RM2,000, ketiga RM700 dan keempat RM700.

“Kita mahu mengembali­kan kegemilang­an sukan bola sepak di sini yang pada suatu masa dahulu terkenal dengan penganjura­n liga bola sepak peringkat divisyen,” katanya kepada pemberita di pejabat OBJ di sini semalam.

Beliau berkata pasukan yang menyertail­igaitujuga­berpeluang menyertai satu lagi pertanding­an merebut Piala Tokoh Guru iaitu Cikgu Nuruddin Abdul Ghani yang penganjura­nnya telah memasuki tiga tahun.

Katanya, pertanding­an itu menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 bagi johan dan RM1,000 bagi naib johan. — Bernama

 ??  ?? LAKAR KEJUTAN: Halep (kanan) meraikan kejayaan pasukannya di Ostrava kelmarin.
LAKAR KEJUTAN: Halep (kanan) meraikan kejayaan pasukannya di Ostrava kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia