Utusan Borneo (Sarawak)

Barca diikat tanpa jaringan di Bilbao, mengembali­kan harapan kepada pencabarny­a untuk saingan kejuaraan

-

Lionel Messi kelihatan kurang cergas ketika Barcelona diikat tanpa jaringan di Athletic Bilbao sekali gus mengembali­kan harapan kepada pencabarny­a untuk saingan kejuaraan La Liga Sepanyol Ahad lepas.

K e c e d e r a a n p a h a menyebabka­n Messi hanya beraksi 27 minit ketika menentang Real Madrid Rabu lepas dan ketika beliau beraksi sepanjang 90 minit di Bilbao, penolong jurulatih Barca, Jon Aspiazu mengakui sebelum sepak mula di mana Messi tidak cergas sepenuhnya untuk beraksi.

Apa pun, kehadirann­ya sepanjang permainan adalah kerana pasukan memerlukan­nya tetapi beliau tidak berada di tahap terbaik dan begitu juga Barca, yang mungkin tewas jika tidak kerana ketangkasa­n penjaga golnya, Marc Andre ter Stegen, yang menepis cubaan lewat Inaki Williams.

“Beliau (Stegen) menyelamat­kan kami,” kata jurulatih Barca, Ernesto Valverde.

Keputusan seri menyebabka­n Barca kini tiga perlawanan tanpa menang, tetapi masih memiliki kelebihan enam mata berbanding Real Madrid, yang menewaskan Atletico Madrid pada perlawanan hari Sabtu.

“Kami berada di tangga pertama minggu lepas dan masih di kedudukan yang sama hari ini dan jika perkiraan saya betul, kami masih juga di tangga yang sama minggu hadapan,” tambah Valverde.

Tetapi kemenangan Real ke atas Atletico adalah yang kelima berturut-turut dan ketika mereka meningkatk­an rentak, Barca hilang fokus pada masa yang genting, dengan lebih banyak cabaran menanti.

Selepas menentang Real Valladolid di tempat sendiri minggu ini, Barca bertandang ke Lyon untuk perlawanan Liga Juara-Juara dan menentang Sevilla dalam liga. Mereka akan mengharung­i dua perlawanan menentang Real Madrid, dalam liga dan Copa del Rey.

“Kami bermain begitu banyak perlawanan ketika ini dan ia jelas digambarka­n hari ini (Ahad),” kata penyerangn­ya, Luis Suarez. “Kami juga kurang komunikasi hari ini – perkara kecil kadangkada­ng memberi kesan.”

Kecederaan juga tidak membantu dengan Messi belum pulih sepenuhnya sementara Ousmane Dembele hanya cergas untuk bermula di bangku simpanan.

Philippe Coutinho juga beraksi hambar tetapi mengekalka­n tempat dalam kesebelasa­n utama bersama-sama Suarez dan Messi di jentera serangan tetapi Arturo Vidal diturunkan menggantik­an Arthur Melo yang cedera dan Nelson Semedo bermula di pertahanan kiri kerana Jordi Alba digantung perlawanan.

Bilbao menguasai awal permainan dengan cubaan Yuri Berchiche sedikit tersasar sebelum Ter Stegen menepis cubaan Markel Susaeta.

Barcelona berjaya mengimbang­i permainan tetapi tidak kelihatan mampu menguasai lawan mereka dan seharusnya menjaringk­an dua gol tetapi cubaan Messi dan Suarez mengecewak­an.

Bilbao menamatkan permainan dengan 10 pemain selepas De Marcos menerima kad kuning kedua perlawanan pada minit kecederaan tetapi ia terlalu lewat untuk Barca mengambil sepenuh peluang dengan kelebihan seorang pemain. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia